MEMUAT

Taip untuk mencari

Update terbaru yang menarik di Patch 1.8

Kongsi
Update terbaru yang menarik di Patch 1.8

Pubg Mobile akhirnya telah membuat penambahan baharu di dalam permainan mereka, sebelum ini mereka telah menambah satu kelebihan kepada pemain untuk mengangkat rakan mereka yang sedang dijatuhkan (knockdown) untuk di alih ke tempat yang lebih selamat sebelum melakukan penyelamatan terhadapnya.

Kali ini di versi PUBG Mobile 1.8 yang akan datang, pembangun akan memberikan satu lagi keistimewaan terhadap peminat PUBG Mobile, di mana mereka boleh untuk merangkak ke dalam air bagi menyelamatkan diri dari dibunuh secara langsung setelah ditembak jatuh oleh musuh. Sebelum ini, pemain yang telah di tembak jatuh akan terus disingkirkan daripada permainan sekiranya dia dijatuhkan ke dalam air ataupun berada di dalam air.

@waseemtg

Pubg 1.8 Update – revive teammates in water #pubg #foryoupage #waseemtg

♬ original sound – WaseemTG

Bukan itu sahaja, pemain itu juga boleh diselamatkan oleh rakannya dengan melakukan revival di dalam air. Berkemungkinan, selepas ini kita dapat melihat di mana-mana kejohanan lebih ramai pemain yang menjadi berani untuk berenang ke sesuatu tempat tanpa dibunuh secara langsung.

Bukan itu sahaja, PUBG Mobile juga menyenangkan lagi pemain daripada segi drop spot di dalam semua peta PUBG Mobile. Sebelum ini pemain yang ingin membuat terjunan ke suatu tempat, tidak dapat melihat destinasi yang hendak dituju dengan jelas. Kali ini, pihak pembangun telah memampangkan tulisan drop spot di setiap peta bagi memudahkan pemain yang hendak membuat terjunan ke destinasi mereka.

Credit : YT Luckyman

Di Patch 1.8 ini juga, PUBG Mobile telah menyelaraskan grafik Ultra di dalam permainan untuk memberikan pemain merasai lebih kepuasan dalam seni grafik permainan Battle Royale ini. Terdapat perubahan di peta Livik yang telah ditambah dengan beberapa struktur yang baharu yang boleh diterokai oleh pemain.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *