MEMUAT

Taip untuk mencari

T1 mengumumkan Steel sebagai IGL mereka.

Kongsi
T1 mengumumkan Steel sebagai IGL mereka.

Semalam, pengumuman telah dibuat oleh organisasi T1 Esport berkenaan pemain mereka Joshua Nissan a.k.a Steel akan menjadi pemain utama mereka, sebelum ini Steel hanya dibangku simpanan hampir setahun lebih sebelum digantikan oleh Aaron Thai “b0i”.

Terdahulu, Steel merupakan salah seorang pemain T1 yang bermain di kejohanan Valorant Champions Tour Stage 3: Masters Berlin, dan telah menamatkan perjalanan di tempat ke 4. Berikutan dengan sedikit masalah yang dihadapinya ketika itu tidak dapat bermain dengan baik.

Steel juga akan menyertai bekas rakan sepasukannya semasa di pasukan CSGO iBUYPOWER Tyler Latham “Skadoodle” di T1 Esport, pasukan yang tidak dapat menembusi tingkat tertinggi esports Valorant Amerika Utara sepanjang tahun 2021. Gagal melayakkan diri untuk mana-mana kejohanan daripada tiga acara Valorant Masters .

Credit : EsportNews.com

Langkah ini dibuat selepas Braxton Pierce “Brax” mengundurkan diri dan Zander Kim “thwifo” telah ditambahkan ke dalam pasukan pada bulan Oktober. Ia juga datang di tengah-tengah khabar angin bahawa Timothy Ta “autimatic” sedang mempertimbangkan untuk kembali ke scene CS:GO.

Jika autimatic memutuskan untuk kembali ke CS:GO, ia akan meninggalkan pasukan dengan hanya empat ahli yang aktif. Menimbulkan persoalan, apakah tindakan T1 seterusnya?

Berikut adalah barisan pemain pasukan T1 :-

  • Joshua “steel” Nissan
  • Tyler “Skadoodle” Latham
  • Zander “Thwifo” Kim
  • Timothy “autimatic” Ta
  • Rahul “curry” Nemani
  • Ha “sayaplayer” Jeong-woo (Inactive)
  • David “dd8” Denis (Head Coach)
  • Dakota “Stunner” MacLeod (Assistant Coach)

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *