MEMUAT

Taip untuk mencari

SMG Six akan ke Homebois?

Kongsi
SMG Six akan ke Homebois?

Pasukan SMG yang dianggotai oleh Bard, Trixnity, Jenny, Six dan imSizo. Pasukan itu yang ditubuhkan oleh MasterRamen dengan nama pasukannya Bapak Esport sebelum organisasi SMG mengambil alih untuk menjadi sponsor utama mereka.

Pemain mereka Six atau nama sebenar Aqil Yusli berumur 17 tahun itu telah menjadi perhatian pengasas Homebois iaitu DaddyHood. Sebelum ini DaddyHood kerap menceritakan tentang Six semasa beliau sedang melakukan siaran langsung di Facebooknya. Perkara itu pada mulanya, dianggap hanyalah gurauan semata-mata telah bertukar menjadi perkara yang lebih serious.

Menurut MasterRamen, DaddyHood telah menghubungi beliau berkenaan pemainnya itu. Bapa Esport itu juga masih memikirkan untuk melepaskan pemain berlian mereka atau tidak. Perkara ini melibatkan potensi dan momentum pasukan itu, mereka telah bersama sejak awal lagi dan tidak pernah berpisah.

Credit to : Farr Channel

Walau bagaimanapun, Master Ramen sendiri telah memberi sedikit hint berkenaan apa yang akan berlaku tak lama lagi. Beliau mengatakan bahawa akan ada sesuatu yang akan berlaku dan seseorang akan pergi meninggalkan mereka. Tambahnya lagi perkara itu mungkin diumumkan pada minggu hadapan.

Credit : Drama Streamer Malaya

DaddyHood juga mengatakan bahawa perkara ini biasa terjadi di dalam pro scene, di dalam hal pertukaran pemain atau jual beli pemain adalah perkara biasa untuk menciptakan saingan baharu di dalam kompetitif. DaddyHood juga kelihatan sangat akrab dengan Six dan perkara itu menimbulkan pertanyaan terhadap netizen, adakah Six akan menjadi sebahagian daripada pasukan Homebois?.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya