MEMUAT

Taip untuk mencari

Vokey akan sertai pasukan Secret ?

Kongsi
Vokey akan sertai pasukan Secret ?

Organisasi Axis baru-baru ini telah membuatkan peminat-peminat mereka tidak keruan apabila mereka membuat satu postingan yang bertulis “Stars come and go .. mungkin tak ada rezeki” di laman Facebook rasmi mereka.

Pasukan Axis yang telah melayakkan diri ke PMPL SEA musim ke 4 sebelum ini gagal untuk mendapatkan tempat di kejohanan PMGC 2021 setelah mereka menduduki tempat yang ke 8 dari 16 pasukan yang bertanding di Grand Final PMPL SEA, sebelum ini.

Ramai netizen telah membuat spekulasi tentang perkara yang ditulis oleh pihak Axis Esport itu. Majoriti mengatakan bahawa Axis Vokey selaku kapten pasukan itu akan meninggalkan skuad berkenaan dan mungkin akan melanjutkan kariernya di pasukan Secret.

Credit to : IG secret.onthego

Perkara itu mendapat perhatian apabila Vokey mengambil gambar bersama OnTheGo selaku pengurus pasukan Secret PUBG Mobile baru-baru ini. Gambar terbabit telah mencetus tanda tanya terhadap peminatnya. Malahan Vokey juga turut mendapat ucapan Good Luck oleh MasterRamen yang merupakan Bapa kepada Esport tanah air.

Credit to : IG Master Ramen

Lebih-lebih lagi di dalam komuniti Pubg Mobile kita sekarang mempunyai banyak drama yang sedang berlaku dan OnTheGo juga ada membidas beberapa isu yang telah dibangkit oleh netizen berkenaan isu RSG SmallBoy yang memberi komen terhadap TS KID MX.

OnTheGo juga menyatakan dalam ciapan itu berkenaan netizen perlu memfokuskan topik yang lebih hangat berkenaan Vokey yang mungkin akan menjadi sebahagian daripada mereka. Tambahan lagi, Imran Rosli a.k.a Vokey sendiri telah memanggil OnTheGo sebagai managernya sendiri di ruang komen Instagram OTG.

Credit to : FB Noah Saiful

Apakah Vokey benar-benar ke pasukan Secret?. Pasukan Secret yang telah mempunyai tempat untuk bermain di PMGC 2021 dan mungkinkah Vokey akan turut bermain bersama pasukan itu?. Perkara itu masih lagi meninggalkan tanda tanya kepada semua peminat Vokey dan pasukan Secret.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *