MEMUAT

Taip untuk mencari

Akhirnya! Bigetron ION kembali, ambil alih roster Victim Sovers!

atq_hyprgame
Kongsi

Bigetron Esports sebelum ini memiliki 2 pasukan PUBG Mobile di bawah mereka iaitu Bigetron RA (BTR RA) dan Bigetron ION (BTR ION). Namun pada ketika itu Bigetron Epsorts telah pun membuat rombakan besar di dalam divisi PUBG Mobile mereka. 

Menurut IndoEsports, di laman rasmi Liquipedia, BTR RA merupakan pasukan utama bagi Bigetron Esports menerusi divisi PUBG Mobile mereka. Jadi, semua kejohanan-kejohanan yang diadakan akan memperlihatkan organisasi e-sukan itu menghantar pasukan utama mereka iaitu BTR RA

IndoEsports juga mengatakan bahawa disebabkan oleh hal yang demikian, BTR ION tidak mempunyai peluang yang besar untuk menunjukkan kemampuan mereka. 

Oleh itu, Bigetron Esports memutuskan untuk membubarkan BTR ION pada 23 Februari 2020. Kini, Bigetron Esports hanya mempunyai satu pasukan PUBG Mobile di bawah mereka iaitu BTR RA.

BTR RA merupakan pasukan PUBG Mobile terbaik yang banyak mendominasi scene kompetitif PUBG Mobile di Indonesia. 

Untuk mengetahui info yang lebih lanjut tentang mengapa Bigetron ION dibubarkan dan ke manakah pemain-pemain mereka pada ketika itu, boleh baca di:  

Terbaru, pada 16 November 2021, Bigetron Esports mengumumkan bahawa mereka telah pun mengambil alih roster Victim Sovers yang telah dibubarkan pada 13 November yang lalu setelah 3 tahun keseluruhan divisi Victim Esports bersama.

Pada awalnya, Victim Esports hanya mengumumkan bahawa mereka akan melepaskan kesemua pemain bagi divisi Mobile Legends.

Tetapi, organisasi e-sukan itu membuat komuniti e-sukan di Indonesia terkejut apabila mereka membubarkan keseluruhan divisi Victim Esports. 

Sumber: Bigetron Esports

Bagi Victim Sovers, mereka merupakan pasukan PUBG Mobile yang telah pun menunjukkan performa yang baik apabila mereka hampir memasuki gelanggang profesional PMPL ID S4. Roster Victim Sovers terdiri daripada Fajar, ROCKY, GenFos, Misery dan Bobbs

Kini, Bigetron Esports telah pun rasmi mengembalikan semula pasukan kedua PUBG Mobile mereka iaitu Bigetron ION. Roster terbaru pasukan Bigetron ION terdiri daripada 4 orang bekas pemain bagi roster Victim Sovers iaitu Fajar, ROCKY, GenFos dan Misery.

Debut pertama Bigetron ION di kejohanan SEACA Unipin! 

Setelah roster mereka diambil alih atau boleh dikatakan dibeli oleh Bigetron Esports, kini mereka secara rasminya akan membawa nama Bigetron ION di kejohanan-kejohanan yang mendatang. 

Bigetron ION akan melakukan debut pertama mereka di SEACA Unipin Major Public bersama-sama dengan 15 pasukan yang lain (Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand & Brunei). 

SEACA Unipin Major Public & SEACA Unipin Major Ladies bagi PUBG Mobile akan bermula pada 19 November sehingga 21 November ini. 

Sumber: UniPin

Juga, Bigetron ION akan menyertai Piala Presiden Esports 2021 bagi PUBG Mobile bersama-sama dengan pasukan-pasukan Indonesia yang lain. 

Piala Presiden Esports 2021 akan mengadakan closed qualifier bagimencari 3 pasukan profesional terbaik untuk berentap dengan pasukan amatur daripada qualifier serantau. 

Sumber: Piala Presiden Esports 2021

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *