MEMUAT

Taip untuk mencari

Ada harapan tinggi buat Malaysia-OTG

Kongsi
Ada harapan tinggi buat Malaysia-OTG

Pasukan Secret muncul juara di kejohanan PMPL SEA musim ke 4. Pengurus pasukan mereka yang dikenali sebagai OnTheGo atau nama sebenarnya P Partibhan ingin mensasarkan kejuaraan PMGC yang akan diadakan nanti.

Sumber : PUBG Mobile Malaysia

Satu sidang media yang telah dibuat oleh Berita Perdana bagi sukan Asia 2022 yang melibatkan pasukan Secret yang turut bertanding di kejohanan Asia 2022 sebagai pasukan PUBG Mobile Malaysia. OnTheGo juga berkata bahawa Sukan Asia mmerupakan pentas yang diimpikan dan beliau berharapan tinggi untuk membawa pulang pingat buat kontinjen negara di temasya berkenaan.

Sukan Asia 2022 akan bermula pada bulan September tahun hadapan dan buat pertama kalinya Sukan Asia memasukkan permainan PUBG Mobile ini sebagai salah satu sukan yang akan dipertandingkan nanti di Hangzhou, China.

Credit : Saluran Berita RTM

“Bagi kami, Sukan Asia adalah sesuatu yang boleh membanggakan negara kerana ia memerptandingkan pingat dan pemain sudah pasti mahu mengharumkan nama negara.

“Kita juga ada empat pemain Malaysia yang boleh mewakili Malaysia secara langsung. Untuk membawa pulang pingat pun, kita mempunyai harapan yang tinggi,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, OnTheGo berkata pasukan Secret akan memberi sepenuh tumpuan bagi menjuarai PMGC sebelum memberi fokus terhadap Sukan Asia yang bermula tahun hadapan.

Terdapat tujuh lagi permain e-sukan yang akan dipertandingkan di Sukan Asia seperti Dota2, Dream Three Kingdoms 2, FiFa dan lain-lain.

Credit : Berita Harian

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya