MEMUAT

Taip untuk mencari

Yoodo Alliance akan bermain di PMGC ?

Kongsi
Yoodo Alliance akan bermain di PMGC ?

Baru-baru terdapat topik hangat berkenaan slot invited ke kejohanan PMGC yang dibualkan di dalam komuniti kita. Siapa sangka perkara itu telahpun di ulas oleh J Hunter sendiri berkenaan siapa yang mendapat slot invited istimewa itu.

Credit to : YT Farr Channel

Perkara ini menjadi lebih hangat apabila komuniti mempersoalkan salah satu pasukan iaitu Yoodo Alliance yang merupakan pasukan yang telah disponsor oleh organisasi Alliance yang berasal dari Sweden.

Pada pandangan kita sendiri, apabila kita menjadi tuan rumah untuk sesuatu kejohanan secara automatik tuan rumah akan mendapatkan tempat untuk menyertai kejohanan itu. Bagi kejohanan PMGC yang akan datang, Sweden merupakan tuan rumah bagi kejohanan itu. 

@efteso

Host PMGC – Sweden : Alliance (Yoodo)So Special Invited Slot maybe Yoodo Alliance 🧐 #yoodo #alliance

♬ Uwihh Mengerikan – Hiro`SoftBoy🤺

Pasukan Yoodo Alliance merupakan pasukan PUBG Mobile daripada kerjasama Yoodo dengan organisasi e-sukan Sweden, Alliance. Mereka mengumumkan pemain dari GRITG Ares sebagai senarai utama dalam Perikatan Yoodo. Pasukan ini juga adalah juara untuk Kejohanan PUBG Mobile National Championship Malaysia 2021 (PMNC 2021).

Pasukan Yoodo Alliance juga merupakan pasukan yang baharu dalam PMPL MY/SG musim ke 4. Mereka mendapat tempat ke 16 di Liga PMPL MY/SG S4 dan berjaya untuk meloloskan diri ke GrandFinal PMPL MY/SG di tempat ke 13.

Sekiranya pasukan Yoodo Alliance mendapat tempat untuk bermain di kejohanan PMGC, bermakna kita mempunyai tiga buah pasukan daripada tanah air yang bertanding di kejohanan itu. Walau bagaimanapun, pihak Tencent masih belum mengumumkan pasukan mana yang telah di invite secara langsung untuk bertanding di kejohanan PMGC itu nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya