MEMUAT

Taip untuk mencari

Power Ranking: Inilah antara 10 pasukan terbaik di MPLI 2021

atq_hyprgame
Kongsi

Masih berbaki 2 hari sahaja lagi sebelum 20 pasukan terbaik Asia Tenggara berentap di ONE Esports MPL Invitational (MPLI) 2021. 

ONE Esports MPL Invitational (MPLI) 2021 akan menampilkan 5 juara MPL dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Kemboja bersama-sama dengan 15 lagi pasukan untuk merebut kumpulan hadiah bernilai $100,000 USD (kira-kira RM 400,000).

Power Ranking MPLI 2021 ini merupakan analisis dari segi potensi dan kelebihan yang dilihat ada pada 10 pasukan terbaik ini.

Power Ranking MPL Invitational (MPLI) 2021. 

  1. Blacklist International 

Semestinya Blacklist International akan memasuki senarai Power Ranking MPLI 2021 kerana prestasi mereka yang sentiasa meningkat naik. Mereka telah mengambil alih arena MPL PH S8 dengan sangat baik.

Memegang kejuaraan MPL PH selama 2 musim berturut-turut, Blacklist International memiliki aura dan kekuatan yang lain daripada yang lain. Selain daripada kekuatan mereka sebagai satu kumpulan, terdapat juga pemain Blacklist International yang memberi impak besar dalam pasukan itu. 

Oheb dan OhMyV33NUS adalah salah satu pemain terbaik pasukan Blacklist International. Konsistensi yang diberikan oleh mereka dari musim mereka mendapatkan kejuaraan, Musim 7 sehingga kini perlu diberi pujian. 

Sumber: ONE Esports
  1. Team SMG

Pasukan dari Malaysia yang telah pun lama berada dalam MPL akhirnya berjaya merebut kejuaraan mereka dari pasukan Todak. Menyapu bersih kemenangan dengan 4-0, Team SMG menjadi pencabar baru di MPLI 2021. 

Team SMG mempunyai cara permainan yang sangat baik. Dari segi strategi dan serangan, mereka sangat cemerlang. Kemasukan SaSa ke dalam Team SMG akhirnya memberi peluang buat pasukan itu menjuarai MPL MY S8. 

Bukan sahaja SaSa yang harus diberi fokus, tetapi pemain-pemain Team SMG yang lain seperti Zaim Sempoi dan Smooth juga memberi impak yang sangat besar dalam pasukan itu. Mereka juga menjadi pemain yang paling lama bernaung di bawah Team SMG. 

Sumber: ONE Esports
  1. RRQ Hoshi

Di dalam komuniti Mobile Legends: Bang Bang, RRQ Hoshi bukan sahaja merupakan pasukan kegemaran Indonesia tetapi mereka juga adalah pencabar terhebat dan terkuat.

Merupakan satu-satunya pasukan yang mewakili Indonesi ke kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang 3 kali berturut, RRQ Hoshi tewas menentang pasukan ONIC Esports di peringkat akhir MPL ID S8. 

RRQ Hoshi telah pun memegang kejuaraan MPL ID selama 2 musim berturut iaitu pada Musim 5 dan Musim 6. Walaupun mereka tewas mendapatkan kejuaraan pada musim ini, sukar untuk tidak meletakkan pasukan ini di dalam Power Ranking MPLI 2021. 

Pasukan ini mempunyai banyak pengalaman di dalam kompetitif Mobile Legends: Bang Bang. Mereka juga sering mengangkat nama di persada global. Semestinya mereka mampu memberi lebih dari yang diharapkan. 

Sumber: ONE Esports
  1. EVOS Legends

Pasukan yang ingin mengekalkan kejuaraan di MPL ID S8 akhirnya tewas di tangan pasukan Alter Ego. Walaupun begitu, mereka adalah pasukan yang menjadi perhatian dalam kompetitif MLBB di Indonesia. 

Jadi, tidak mustahil untuk pasukan ini memberi saingan yang sengit buat pasukan-pasukan Asia Tenggara yang lain.

Menjadi pasukan pertama yang memegang kejuaraan di kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang ketika di M1 Championship, EVOS Legends telah pun membina nama yang kukuh di Indonesia sendiri. 

Sumber: ONE Esports
  1. ONIC Esports

Menjuarai MPL ID S8 dan pertama kali mendapatkan slot di M3 Championship, itu sudah lebih dari cukup. 

Pasukan landak kuning ini tidak begitu menyerlah selepas mereka menjulang kejuaraan di MPL ID S3. Prestasi mereka juga sedikit merudum selepas musim yang seterusnya. 

Kini, ONIC Esports membuktikan bahawa ‘comeback is real’. Pasukan yang datang dari lower bracket ini akhirnya berjaya menjulang kejuaraan MPL ID S8 menentang juara bertahan, RRQ Hoshi. 

Selalunya pasukan yang baru membuat comeback atau dianggap sebagai underdog inilah yang harus diberi lebih perhatian. ONIC Esports semetinya salah satu pasukan tersebut.

Sumber: ONE Esports
  1. Alter Ego

Alter Ego memulakan regular season MPL ID S8 dengan sangat baik sehingga mencatatkan 10 kemenangan. Permulaan di playoffs yang baik ditunjukkan oleh Alter Ego, namun setelah itu, mereka kelihatan tidak konsisten. 

Walaupun hanya menamatkan kedudukan di MPL ID S8 di tempat ke-4, Alter Ego masih lagi menjadi pencabar yang hebat buat pasukan-pasukan Indonesia yang lain. 

Pernah menjuarai MPLI 2020, Alter Ego kekal dengan roster mereka yang mereka gunakan sewaktu menjuarai kejohanan itu.

Sumber: ONE Esports
  1. ONIC PH

Pasukan yang telah pun membuat rombakan roster secara besar-besaran ini mengejutkan kompetitif MLBB Filipina apabila mereka mendapat tempat kedua di MPL PH S8. 

Seperti yang semua tahu, ketika di regular season, Blacklist International merupakan pasukan dominan yang telah pun mendapatkan 11 kemenangan bersih. Namun, ONIC PH telah pun berjaya menyekat Blacklist International dari mendapatkan kemenangan mereka yang ke-12. 

Mereka merupakan satu-satunya pasukan yang dapat menewaskan Blacklist International ketika di regular season

Sumber: ONE Esports
  1. Orange Esports

Prestasi yang baik ditunjukkan oleh mereka ketika di regular season membawa mereka di upper bracket MPL MY S8. Menjadi salah satu pasukan yang dijangka bakal menjuarai MPL MY S8. 

Tetapi pasukan ini akhirnya tewas di playoffs menentang pasukan Todak dan menempatkan mereka di tempat ke-3. 

Pasukan MPLI yang lain harus berhati-hati dengan Orange Esports kerana mereka memiliki pemain-pemain yang cukup berbakat. LinkEzaa merupakan pemain Orange Esports yang baru sahaja melakukan debut beliau di liga profesional. 

Tetapi aura yang dimiliki oleh beliau membuatkan komuniti Mobile Legends Malaysia sendiri terkejut. Dengan adanya bakat dari seorang pemain yang berusia 16 tahun ini, tidak mustahil mereka akan menggegarkan arena MPLI. 

Sumber: ONE Esports
  1. Todak MLBB

Kenapa Todak ada dalam Power Ranking MPLI 2021? — Kerana Todak merupakan pasukan yang tidak boleh dipandang rendah. Keberadaan Todak di dalam Power Ranking semestinya harus kerana kejutan dan eksperimen yang sering mereka lakukan ketika di regular season.

Walaupun tewas di tangan Team SMG dengan 4-0, pasukan ini masih mempunyai kekuatan mereka dan cara permainan yang mengejutkan. 

Seperti semua tahu, Cikugais antara pemain Todak yang sering menggunakan kombinasi hero-hero yang sukar untuk dijangka. Itu merupakan salah satu kelebihan pasukan Todak — eksperimen hero & uji kaji.

Untuk mengunci kejuaraan di MPLI, Todak telah pun membawa pemain Jungler terbaik pasukan RSG iaitu Leixia. Leixia akan memegang posisi Jungler pasukan Todak untuk membawa sesuatu kelainan di dalam pasukan itu.

Sumber: ONE Esports
  1. See You Soon

Akhir sekali adalah pasukan pertama yang meraih kejuaraan di MPL CH S1 iaitu See You Soon. Tidak lengkap Power Ranking MPLI 2021 ini kalau pasukan ini tidak dimasukkan sekali. 

Walaupun See You Soon merupakan pasukan baru dalam kompetitif MLBB khususnya di pentas global, pasukan dari Kemboja ini telah pun menunjukkan kemampuan mereka. 

Boleh dikatakan mereka merupakan pasukan yang kurang menjadi tumpuan kerana pasukan-pasukan Asia Tenggara yang lain telah pun membina nama. Tetapi, tanpa tekanan yang diberikan oleh komuniti Mobile Legends terhadap See You Soon, mereka lebih selesa berada di fasa itu. 

Dengan peluang yang dimiliki untuk berada di dalam satu arena bersama pasukan-pasukan Asia Tenggara yang lain buat pertama kali, See You Soon mampu memberi lebih dari yang mereka ada.

Sumber: ONE Esports

Adakah pasukan kegemaran anda termasuk dalam Power Ranking MPLI 2021? 

Jangan lupa saksikan siaran langsung ONE Esports MPL Invitational (MPLI) 2021 di laman rasmi FacebookTikTokTwitchTwitter, dan YouTube ONE Esports.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya