MEMUAT

Taip untuk mencari

Team SMG mahukan pengalaman bersama pasukan lain di MPLI 2021

atq_hyprgame
Kongsi

Captain’s Draft MPLI 2021 merupakan kerjasama di antara ONE Esports dan Moonton yang bakal membawakan 20 pasukan dari wilayah-wilayah berbeza — Malaysia, Indonesia, Kemboja, Singapura dan Filipina. 

Di Captain’s Draft MPLI 2021, pasukan yang telah pun menjuarai MPL di Wilayah masing-masing mempunyai kelebihan untuk memilih pasukan lawan mereka. 

Disebabkan Team SMG merupakan pasukan yang menjuarai MPL MY S8, pasukan ini akan terus mara ke suku akhir dan berkesempatan untuk memilih pasukan lawan mereka.  

Sumber: Team SMG

Memetik petikan dan temu bual yang dibuat terhadap Team SMG oleh ONE Esports tentang MPLI 2021 yang bakal menyusul pada 2 November ini, pengurus pasukan itu, Benny mengatakan bahawa mereka tidak akan memilih pasukan Malaysia sebagai pasukan pilihan. 

Di dalam temu bual ONE Esports dengan pengurus Team SMG, Benny, beliau mengatakan bahawa: 

“Saya tidak yakin untuk masukkan pasukan Malaysia ke bracket. Kami sangat ingin menghadapi pasukan dari wilayah yang lain. Sejujurnya, ini merupakan peluang yang baik untuk kami berjumpa dengan pasukan-pasukan dari Wilayah lain di kejohanan ini” 

“Namun, kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi. Kami sudah pun menghadapai pasukan Todak dan Orange Esports di playoffs. Jadi, sekarang ini kami ingin mendapatkan kesempatan menghadapi pasukan dari wilayah yang berbeza”  

Sumber: ONE Esports

Di sini kita dapat simpulkan bahawa Benny dan Team SMG mahu mendapatkan pengalaman dan peluang bersaing dengan pasukan-pasukan dari wilayah yang berbeza

Team SMG sudah pun mendapatkan peluang memilih pasukan mereka di sesi Captain’s draw yang bakal diadakan pada 31 Oktober, 7pm GMT+8 ini. 

Semua juara MPL dari Malaysia, Filipina, Singapura dan Indonesia akan berkesempatan memilih pasukan lawan di suku akhir MPLI 2021. 

Manakala bagi pasukan Kemboja, See You Soon, mereka harus bermula di bracket biasa kerana ini merupakan kali pertama pasukan itu membuat kemunculan di MPLI.

Berikut merupakan informasi tentang MPL Invitational yang bakal membuka arena mereka pada 2 November ini:

Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports

Untuk mengetahui maklumat dan informati lanjut tentang MPL Invitational 2021 yang dianjurkan atas kerjasama ONE Esports dan Moonton, boleh ke laman rasmi ONE Esports MPLI 2021.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *