MEMUAT

Taip untuk mencari

Axis RedOne mendominasi SuperWeekend 2 Day 1

Kongsi
Axis RedOne mendominasi SuperWeekend 2 Day 1

Semalam, bermulanya hari pertama bagi Super Weekend yang ke 2 bagi liga PMPL SEA musim ke 4. Rata-rata pasukan sedang giat mengejar kedudukan teratas dalam carta liga, dan pasukan tanah air masih lagi konsisten dengan pencarian poin mereka.

Axis RedOne mendahului tempat pertama dengan 78 mata, meninggalkan tiga buah pasukan daripada tanah air jauh kebelakang. Mereka yang menunjukkan gameplay bar-bar memperolehi mata penyingkiran yang banyak.

Credit : Pubgm Malaysi

Credit : YT Drama PUBG

Lebih mengejutkan lagi apabila salah satu pemain mereka AxisVokey mendapat 11 mata penyingkiran buat dirinya sahaja di map Erangle,semalam. Vokey yang dikenali sebagai raja barbar itu telah menunjukkan taring di PMPL SEA hingga membuatkan pasukan-pasukan SEA lain berwaspada dengan mereka.

Carta keseluruhan minggu ke 2, menunjukkan pasukan Axis RedOne telah mendapatkan tempat pertama dengan pungutan mata sebanyak 215 dan hanya satu chicken dinner yang diperolehi. Kita mungkin akan dapat melihat pasukan daripada Malaysia akan membawa gelaran King Of SEA sekali lagi.

Credit : Pubgm Malaysia

Manakala pasukan GeekFam berada di tempat yang ke 4 dengan 177 mata, pasukan 4Rivals di tempat ke 6 dengan 165 mata dan akhir sekali pasukan Secret berada di tempat ke 9 dengan 132 mata.

Liga masih berlangsung dan banyak perkara yang boleh terjadi sepanjang liga ini. Kami mengharapkan pasukan-pasukan daripada Malaysia kekal konsisten dan menawan top 5 dalam carta keseluruhan PMPL SEA.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya