MEMUAT

Taip untuk mencari

Leaderboard dan Jett bugs?

Kongsi
Leaderboard dan Jett bugs?

Valorant patch v3.08 membawa banyak perubahan dalam permainan, pemain dibolehkan untuk menyembunyikan Level akaun, mengubahsuai Border Level dan lain-lain.

Namun terdapat pelbagai bugs yang muncul selepas patch baharu ini dikeluarkan. Bagi pengguna setia ejen Jett semestinya mereka sedar akan bug yang terjadi pada ejen tersebut, dan pihak Riot juga telah menyatakan bahawa perkara itu tidak disengajakan.

Sebuah video yang disiarkan oleh akaun Twitter ValorLeaks memaparkan nerfs besar-besaran, yang menyaksikan Jett mengambil masa hampir satu saat untuk mengeluarkan senjatanya setelah melakukan Dashing.

Ryan Cousart, pereka permainan untuk Riot Games, mengesahkan melalui media sosial beliau bahawa pasukan develop sedang meneliti masalah ini dan mencari jalan penyelesaian dengan kadar segera. “Tengah berusaha mencari punca masalah, dan masalah ini bukan disengajakan.”

Dan bukan bug terhadap ejen sahaja yang terjadi, malah Leaderboard Valorant juga mempunyai bug Radiant. Bagi pemain yang kebiasaanya mengejar tingkat Radiant semestinya hairan dengan apa yang terjadi selepas patch baharu dilancarkan. Perkara ini juga sudah dipersoalkan di dalam Reddit dan ia bukan terjadi di SEA server sahaja malah di semua server.

Sumber : Reddit

Musim ini merupakan musim dimana pemain yang berada di peringkat Immortal kena mencapai tiga tahap (Imo 1, Imo 2, Imo 3) sebelum mengejar RR untuk memasuki tingkat Radiant. Tetapi apa yang terjadi, pemain yang mempunyai 300RR secara automatik mendapat ACT Radiant tanpa harus mengejar RR poin untuk memasuki tahap Radiant itu.

Tindak balas yang diambil oleh pihak RiotGames kali ini agak lewat berbanding di patch yang sebelumnya, mereka menyelesaikan masalah dalam masa 24jam sahaja. Kami mengharapkan pihak Develop akan memperbaiki masalah ini secepat mungkin.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya