MEMUAT

Taip untuk mencari

Geek Fam tercorot di SuperWeekend 1 Day 1?

Kongsi
Geek Fam tercorot di SuperWeekend 1 Day 1?

Pasukan Geek Fam yang merupakan juara bagi PMPL MY&SG musim 4 telah menghadapi sedikit kesukaran di PMPL SEA. Mereka yang menduduki tempat ke 15 semasa Super Weekend 1 Day 1 dengan 15 mata terkumpul.

Sebelum ini GeekFam biasanya akan meletakkan diri mereka top 5 teratas dan akan mengekalkan momentum permainan sebelum memecut mata poin di Grand Final PMPL MY/SG. Tetapi apa yang terjadi mereka pada SW1D1 ini sedikit mengecewakan peminat.

Mereka yang kerap terkeluar awal sepanjang SW1D1 berlangsung dan hanya bisa memungut mata penyingkiran dan tidak dapat untuk mencari mata kedudukan untuk meletakkan mereka di tangga selesa dalam carta hari pertama.

Walau bagaimanapun, pasukan GeekFam terus bangkit di SWD2 dan mereka berjaya mendapatkan winner winner chicken dinner yang pertama buat pasukan Malaysia. Dengan memperolehi sebanyak 71 point secara total di SW1D2.

Walaupun di map yang pertama yang dimainkan mereka tersingkir awal di tempat yang ke 16 dengan 1 mata penyingkiran, tetapi mereka berjaya mendapatkan tempat ke 2 dengan 1 mata penyingkiran di map yang ke 2.

Sumber : YT Isal gaming

Dengan permulaan momentum chicken dinner mereka yang pertama di map yang ke 3 membuatkan pasukan GeekFam mengekalkan momentum dan berjaya memperolehi sebanyak 71 mata dan itu merupakan lonjakkan yang tersangat hebat buat pasukan GeekFam.

Rata-rata netizen mengatakan pasukan Geek Fam hanya melakukan prank dan membuat kejutan kepada peminat daripada tangga ke 16 melonjak ke tangga 1 dalam carta keseluruhan SW1D2 semalam.

Kami mengharapkan ketiga-tiga pasukan Malaysia dapat melayakkan diri ke PMGC yang akan datang. Teruskan momentum ini dan mendominasikan PMPL SEA ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *