MEMUAT

Taip untuk mencari

Last Chance Qualifier bagi Asia Pasifik telah pun bermula

atq_hyprgame
Kongsi

VCT: APAC Last Chance Qualifier merupakan saringan terakhir bagi pasukan Asia Pasifik untuk mara ke Valorant Champions 2021.

Kejohanan yang akan berlangsung selama 7 hari iaitu dari 11 Oktober sehingga 17 Oktober ini akan melibatkan negara Asia Pasifik seperti Jepun, Korea, Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Sebanyak 10 pasukan akan berentap di Last Chance Qualifier bagi merebut tempat ke Valorant Champions 2021.

Antara negara Asia Pasifik yang terlibat adalah seperti: 

PASUKANWILAYAH
Paper RexAsia Tenggara (Singapura)
Full SenseAsia Tenggara (Thailand)
BOOM EsportsAsia Tenggara (Indonesia)
NortheptionJapan
RejectJapan
FENNELJapan
NUTURN GamingKorea
F4QKorea
DAMWON GamingKorea
Global EsportsAsia Selatan (India)

Paper Rex yang merupakan pasukan Singapura akan turut mewakili negara Asia Pasifik di VCT: APAC Last Chance Qualifier. 

Ini merupakan kejohanan yang dinantikan bukan sahaja untuk Singapura tetapi buat Malaysia kerana salah seorang pemain dari pasukan Paper Rex, d4v4i merupakan pemain dari Malaysia. 

Sumber: Paper Rex

Kejohanan itu akan diadakan dalam best of three & best of five bagi pusingan akhir. Ia akan berlangsung dalam format dua penyingkiran.

Jadual kejohanan VCT: APAC Last Chance Qualifier adalah seperti berikut:

HARI, TARIKH, MASAPASUKAN
Isnin, 11 Oktober
3.00 pm
6.00 pm
9.00 pm

FENNEL vs BOOM Esports
DAMWON Gaming vs Global Esports
REJECT vs FULL SENSE
Selasa, 12 Oktober
3.00 pm
6.00 pm
9.00 pm

Northeption vs F4Q
NURTUN Gaming vs TBD
Paper Rex vs TBD
Rabu, 13 Oktober
3.00 pm
6.00 pm
9.00 pm

Perlawanan 1 Lower Bracket 1
Perlawanan 2 Lower Bracket 1
Separuh Akhir Upper Bracket
Khamis, 14 Oktober
3.00 pm
6.00 pm
9.00 pm

Separuh Akhir Upper Bracket
Perlawanan 1 Lower Bracket 2
Perlawanan 2 Lower Bracket 2
Jumaat, 15 Oktober
3.00 pm
6.00 pm
9.00 pm

Akhir Upper Bracket
Perlawanan 1 Lower Bracket 3
Perlawanan 2 Lower Bracket 3
Sabtu, 16 Oktober
5.00 pm
8.00 pm

Perlawanan 1 Lower Bracket 4
Akhir Lower Bracket 
Ahad, 17 Oktober
5.00 pm

Pusingan Akhir

Siaran langsung VCT: APAC Last Chance Qualifier boleh disaksikan di laman rasmi Youtube dan Twitch Valorant Esports.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *