MEMUAT

Taip untuk mencari

Inilah ekspektasi & format yang perlu diketahui bagi PMGC 2021

atq_hyprgame
Kongsi

PUBG Mobile Global Championship akan bermula pada November 2021 ini selepas 2 minggu PUBG Global Championship bagi PUBG PC berlangsung. 

Sumber: PUBG Esports

24 pasukan di 12 negara yang berbeza akan memulakan perjalananan mereka bagi merebut wang tunai terkumpul sebanyak $6,000,000. Ini akan menjadi ‘single payout’ tertinggi untuk mana-mana kejohanan e-sukan mudah alih dalam sejarah. 

Sebanyak 144 pusingan akan dimainkan bagi menentukan pasukan PUBG Mobile terbaik di dunia. Terdapat beberapa informasi tentang PMGC 2021 yang perlu anda ketahui dan ekspektasi untuk setiap pusingan dimainkan terutamanya di Super Weekend.

Format PUBG Mobile Global Championship 2021

Pasukan yang akan menyertai PMGC 2021 merupakan pasukan yang telah melalui kejohanan yang diadakan di negara masing-masing. 

24 pasukan akan dipecahkan kepada 3 kumpulan dan mereka akan bersaing sesama sendiri untuk menempatkan kedudukan di dalam liga. Selepas tamatnya liga, hanya 16 pasukan teratas sahaja yang akan mara ke PMGC Finals.

Sumber: PUBG Esports

Setiap minggu akan ada 30 pusingan dimainkan dan pusingan ini akan dibahagikan kepada Weekdays dan Super Weekend

Di Weekdays, setiap kumpulan akan bermain 4 perlawanan menentang dua kumpulan yang lain iaitu (AB/AC/BC) dengan jumlah keseluruhan sebanyak 12 pusingan. 16 pasukan teratas di kesuluruhan Weekday akan mara ke Super Weekend di mana mereka akan bermain sebanyak 18 perlawanan (6 perlawanan sehari) dari Jumaat sehingga Ahad.

Format bagi Weekday dan Super Weekend di PMGC adalah sama dengan kejohanan-kejohanan PUBG Mobile yang lain cuma bilangan perlawanan itu sedikit berbeza. Seperti biasa, pasukan yang terus kekalkan kedudukan mereka di Super Weekend mempunyai peluang yang lebih cerah untuk berada di PMGC Finals. 

PUBG Esports juga ada mengumumkan bahawa penganjur akan membahagikan kumpulan hadiah di peringkat liga dan peringkat akhir liga di mana setiap pasukan dijamin akan mendapatkan hadiah awal sekurang-kurangnya $3,000

Bagi pemain yang mendapatkan MVP pula, mereka akan diberikan sebanyak $10,000. Kriteria pemilihan MVP adalah berdasarkan ‘survival time’, ‘damage deal’ dan ‘total kills’.

Ekspektasi di pusingan Liga

Untuk pusingan Liga, ini merupakan pusingan yang dinanti-nantikan kerana pusingan ini akan menentukan pasukan mana yang bakal ke PMGC Finals. 

Boleh dikatakan setiap minggu kita akan melihat taktikal dan strategi setiap pasukan akan berubah-ubah untuk mengelakkan pasukan lawan membaca strategi dan taktik dengan lebih awal. Di minggu pertama liga, pastinya kita mahu melihat pasukan mana yang akan menempah kedudukan mereka di Super Weekend yang pertama. 

Bercakap tentang drop spot setiap pasukan, pasti mereka tahu bahawa pasukan-pasukan lain juga berkongsi drop spot yang sama. Tetapi perkara ini boleh diselesaikan dengan menukar kepada drop spot yang lain. Atau tiada masalah jika mereka mahu turun di tempat yang sama. Itu akan menjadikan permainan lebih menarik untuk dilihatkan.

Buat masa kini, kami belum lagi mempunyai gambaran lengkap tentang permainan, strategi dan taktik yang akan ditunjukkan oleh kesemua pasukan.

Ini merupakan kejohanan yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat PUBG Mobile. Jadi, ekspektasi dan ramalan adalah penting untuk memberi gambaran kepada peminat dan pengikut PUBG Mobile pasukan mana yang memiliki konsistensi dan taktikal yang lebih baik.

Pastikan untuk terus mengikuti kami bagi mengetahui update terkini tentang PMGC 2021. Kami di Hyprgame akan terus memberi informasi dan ekspetasi yang lebih lagi menjelang PMGC S1 yang akan berlangsung pada November ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *