MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

JJ Lin saman Gua Gua Mars di bawah pelanggaran hak gambar

atq_hyprgame
Kongsi

Penyanyi Singapura, JJ Lin merupakan pemilik Team Still Moving under Gunfire (SMG) yang telah memasuki arena Dota 2. Organisasi e-sukan tersebut juga memegang roster bagi Arena of Valor, PUBG and Mobile Legends. 

Sumber: Team SMG

Terbaru, JJ Lin mahu menfailkan saman terhadap seorang netizen yang dikenali sebagai Gua Gua Mars di Weibo di bawah “pelanggaran hak gambar”

Gua Gua Mars telah berulang kali menyiarkan beberapa video dan gambar JJ Lin untuk dijadikan sebagai “face swap” di atas badan wanita. Perkara ini sememangnya mencemarkan imej JJ Lin.

Walaupun sebelum ini terdapat banyak amaran yang telah diberikan bagi pihak JJ Lin kepada Gua Gua Mars untuk menghentikan apa yang dilakukannya, Gua Gua Mars masih memuat naik kandungan yang memang bertujuan untuk “mengejek” JJ Lin. 

Menurut saluran berita di China, JJ Lin bukan sahaja mahu menfailkan saman terhadap Gua Gua Mars, tetapi beliau juga menuntut pampasan kerana Gua Gua MArs dianggap sudah melakukan pelanggaran hak gambar ke atas JJ Lin.

Sumber: 8days

Pada 23 September, tuntutan dari JJ Lin yang diajukan buat Gua Gua Mars adalah sebanyak S$57.5K.

Jumlah nilai pampasan S$57.5K yang diminta oleh JJ Lin adalah termasuk 250K yuan (S$52.3K) untuk kerugian kewangan, 20K yuan (S$4.2K) untuk kerosakan mental dan 5K yuan (S$1 K) untuk bayaran proses litigasi.

Tindakan undang-undang yang ingin dibuat oleh JJ Lin telah viral dan menjadi topik trending di Weibo. Gua Gua Mars juga menunjukkan respon terhadap perkara tersebut dengan memadam konten tentang JJ Lin.

Selepas menerima kecaman, Gua Gua Mars memuat naik posting dan menuduh JJ Lin membayar netizen untuk menyebarkan penipuan terhadapnya. Gua Gua Mars akhirnya mematikan akaun Weibo miliknya selepas membuat posting tersebut. 

Klik di sini untuk membaca dengan lebih lanjut: JJ Lin Sues Netizen For Offensive Face Swap Videos & Photos, Seeking S$57K In Compensation

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *