MEMUAT

Taip untuk mencari

Kejutan daripada pasukan GeekFam

Kongsi
Kejutan daripada pasukan GeekFam

RECAP HARI KE-2 GRAND FINAL PMPL MY/SG S4

Match 1

Di Circle ke-8, pasukan Geek Fam bertarung dengan pasukan Secret. 3 berlawan 3 membuatkan perlawanan itu menjadi adil. Tetapi WWCD diberikan kepada pasukan Secret dengan 12 mata penyingkiran selepas TSMadtoi telah mengorak langkah untuk menjatuhkan Damrude daripada bahagian bawah, GeekFam yang mendapatkan tempat ke-2 dengan 9 mata penyingkiran.

Match 2 

Malang buat pasukan GeekFam selepas pertarungan mereka dengan AxisEsport telah menarik perhatian pasukan-pasukan lain. Wolf Esport yang menjadi pasukan ketiga dalam perlawanan itu telah memberi tekanan yang cukup hebat dari bahagian atas bukit, malah kedatangan satu lagi pasukan iaitu WES Esport yang telah merempuh pasukan GeekFam daripada bahagian bawah, membuatkan pasukan Geek Fam rata di tangan kedua-kedua pasukan itu.

Match 3

GeekMircale yang berseorangan mencuba untuk memasuki zone selamat, tetapi dengan kedudukan pasukan VXM FX yang berada di bahagian hadapanya membuatkan beliau terpaksa mengambil pertarungan. Beliau mendapatkan VXMJohn dengan balingan bomnya tapi terus dihabiskan oleh VXMClamity, membuatkan mereka tersingkir di tempat ke-9 dengan 3 mata penyingkiran.

Match 4

Pasukan GeekFam yang ditekan di luar zone selamat itu, telah membuatkan kapten mereka GeekDamrude berseorangan dan hanya bermain healing, tetapi beliau hanya mampu untuk mendapatkan tempat ke-9 dengan 3 mata penyingkiran di map Sanhok itu.

Match 5

Tahniah buat pasukan GeekFam mendapatkan WWCD di map terakhir hari-2. GeekFam yang mendapatkan circle ke-7 hanya bermain secara selamat untuk mempertahankan posisi mereka, walaupun di langgar oleh pasukan WES Esport, tetapi mereka berjaya untuk menyekat dan akhirnya perlawanan itu menjadi 4 v 1 membuatkan mereka mendapatkan WWCD dengan 15 mata penyingkiran.

Berakhirnya hari ke-2 Grand Final PMPL MY/SG S4 ini, membuatkan pasukan Geek Fam telah mengumpul sebanyak  897 mata Top 3 dalam carta bagi melayakkan mereka ke PMGC. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *