MEMUAT

Taip untuk mencari

Sukan Makmur XTIF Johor 2021 menampilkan PUBGM & MLBB

atq_hyprgame
Kongsi

Sukan Makmur XTIF Johor 2021 yang akan bermula pada 17 September sehingga 11 December 2021 merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ). 

Sumber: Majlis Sukan Negeri Johor

Kejohanan ini merupakan pertandingan e-sukan terbesar yang dianjurkan di Negeri Johor.

Terdapat dua peringkat yang akan dipertandingkan iaitu di peringkat Parlimen dan seterusnya di peringkat Negeri (Grand Finals). 

Sumber: Majlis Sukan Negeri Johor

Menurut Majlis Sukan Negeri Johor, di peringkat Parlimen, terdapat 26 parlimen yang akan mengambil bahagian. Ia bakal melibatkan seramai 489,632 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia. 

Dua kategori yang akan dipertandingkan adalah Player Unknown’s Battleground Mobile (PUBGM) dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)

Kumpulan hadiah bagi kedua-dua kategori ini adalah sebanyak RM 124,000 di mana kumpulan hadiah bagi satu kategori adalah sebanyak RM 62,000.

Bagi pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), pendaftaran sudah pun mula dibuka. 

Sumber: Majlis Sukan Negeri Johor

Pertandingan bagi kategori Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) akan diadakan pada 17 September sehingga 12 Oktober.

Manakala bagi peringkat negeri pula akan berlangsung pada 20 Oktober sehingga 23 Oktober

Sumber: Majlis Sukan Negeri Johor

Namun, tarikh rasmi pertandingan bagi kategori Player Unknown’s Battleground Mobile (PUBGM) masih belum diumumkan.

Berikut merupakan informasi yang diberikan oleh MSNJ tentang kategori yang dipertandingkan:

Mobile Legends: Bang Bang  (MLBB) — Berpasukan

Nilai hadiah : RM 62,000.00

[DAFTAR SEKARANG!!!]

Pendaftaran (MLBB): https://forms.gle/fZZcpcwPcMGCB87F9

Player Unknown’s Battleground Mobile (PUBGM) — Berpasukan

Nilai hadiah: RM 62,000.00

[PENDAFTARAN BELUM DIBUKA]

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Haikal: 011-11926202 (8 pagi – 8 malam)

Adib: 019-7129232 (8 pagi – 5 petang) 

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang info dan tarikh penganjuran bagi kategori Player Unknown’s Battleground Mobile (PUBGM), boleh ke laman rasmi Facebook dan Instagram MSNJ. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *