MEMUAT

Taip untuk mencari

Soultan & Slydd Semangat Sem9Gank.

Kongsi
Soultan & Slydd Semangat Sem9Gank.

Di hari pertama “Super Weekend” tempohari,  Sem9Gank berjaya meraih tiga chicken berturut-turut setelah 2 minggu PMPL MY/SG berjalan. Walaupun permulaan mereka kurang baik tapi mereka telah menunjukkan satu lonjakkan yang hebat dengan memperolehi sebanyak 129 mata di Super Weekend -3 hari pertama dan kedua.

Ketua pasukan Sem9Gank ManParang telah meminta bantuan daripada jurulatih AntiCircle “Slydd” yang juga merupakan teman rapat arwah HahaGus. Dengan hati terbuka Slydd menerima tawaran itu, beliau ingin membalas budi arwah yang memperkenalkan diri beliau ke pasukan AntiCircle. Slydd menggalas tanggungjawab arwah dan itu juga memberi dorongan sedikit sebanyak kepada pasukan Sem9Gank.

Dengan adanya Soultan sebagai analasis pasukan itu, telah memberikan satu jalan penyelesaian untuk mereka mendominasikan minggu terakhir ini. Permainan yang ditunjukkan mereka semasa hari pertama Super Weekend -3 sangat berlainan dari sebelum ini, HahaPut juga memberi sedikit sebanyak rotasi berdasarkan pengalamanya dan itu membuahkan hasil sehingga menjayakan pasukan itu mendapatkan winner winner chicken dinner secara beruntun.

Lonjakkan ini membuatkan mereka naik di carta keseluruhan di tempat yang ke-7 dengan 332 mata terkumpul. Ini adalah Super Weekend yang terakhir bagi PMPL musim ke 4, juara liga secara automatik mendapatkan slot ke PMPL SEA yang akan berlansung nanti. Tetapi ini bukan pengakhiran mereka, semangat yang ditunjukkan oleh Sem9Gank akan melayakkan diri ke SEA masih boleh diteruskan di GrandFinal PMPL-S4 nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya