MEMUAT

Taip untuk mencari

Adakah Homebois sekali lagi akan tewaskan Red Esports?

atq_hyprgame
Kongsi

Minggu 5 Liga MPL S8 telahpun bermula pada hari ini sehingga 12 September. Masih berbaki lagi 3 minggu Liga MPL S8 akan berlangsung. 

Kesemua pasukan sudah mengatur strategi untuk merebut kejuaraan di Liga MPL S8. Pada musim yang lepas, RSG MY telah menjadio juara liga MPL S8. 

Kini di musim yang baru, Adakah RSG MY akan mengekalkan takhta mereka? Atau akan ada pasukan lain yang akan merebutnya?

Sekali lagi di liga Minggu 5 ini, pasukan Red Esports akan berjumpa dengan pasukan Homebois. Sebelum ini kedua-dua pasukan ini ada berjumpa sesama sendiri kerana kedua-dua pasukan ini berada di dalam kumpulan yang sama iaitu Kumpulan B.

Sumber: Red Esports

Pada Minggu Ketiga Hari Pertama, Red Esports tewas di tangan pasukan Homebois dengan 2-0. Permainan yang baik ditunjukkan oleh pasukan Homebois. Mereka juga sempat membuat “taunting” terhadap pasukan Red Esports. 

Kali ini, dengan kemasukan pemain baru di dalam pasukan Red Esports iaitu Saiyajinn, Red Esports kelihatan seperti lebih kukuh. 

Sumber: MPL Malaysia

Melihat dari perlawanan yang dimainkan oleh pasukan Red Esports, kemasukan Saiyajinn ke dalam pasukan tersebut memberi satu sinar yang baru. 

Selain daripada Saiyajinn, Red Esports juga membawa masuk bekas pemain profesional MLBB yang dulunya dikenali sebagai Scott sebagai jurulatih bagi pasukan tersebut. Beliau membawa nama beliau sendiri, iaitu Haz ke dalam arena MLBB pada kali ini. 

Dapatkah Red Esports menebus kekalahan mereka ketika menentang pasukan Homebois? 

Perlawanan di antara Red Esports dan Homebois akan berlangsung pada hari terakhir liga MPL S8 Minggu 5, 12 September. 

Saksikan liga Minggu 5 MPL S8 di laman rasmi Youtube dan Facebook MPL Malaysia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya