MEMUAT

Taip untuk mencari

Adikluq buktikan kemampuan, bukan sekadar konten Tiktok

atq_hyprgame
Kongsi

Nama yang tidak asing lagi diperkatakan iaitu FRG乄AdikLuq yang merupakan pemain muda bagi pasukan Farang Lejund

Pemain ini mempunyai bakat yang sangat besar dalam bidang e-sukan terutamanya PUBG Mobile. Sebelum mulanya arena PMPL MYSG S4, FRG乄AdikLuq sudah dikenali dalam komuniti PUBG Mobile dengan konten yang dimuat naik di aplikasi Tiktok. 

Farang Lejund dibarisi oleh pemain-pemain hebat iaitu FRG乄Repoboy, FRG乄Helton, FRG乄RIKI, FRG乄JimmyOP dan FRG乄Luppy

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Pernah menerima kecaman hebat oleh komuniti PUBG Mobile disebabkan oleh konten yang dimuat naik di Tiktok.

Konten Tiktok FRG乄AdikLuq selalunya mengandungi konten di mana beliau berjaya menewaskan pemain-pemain profesional PUBG Mobile yang lain ketika beliau menyertai scrim khususnya scrim yang dibuat oleh Soultann, SSS.

Tidak dapat dinafikan, konten beliau tular di media sosial menyebabkan beliau pernah menerima kecaman hebat dalam kalangan peminat dan mereka yang mengikuti arena PUBG Mobile. 

Kini, pemain itu membuat kemunculan pertama beliau di arena PMPL MYS S4 bersama-sama dengan pasukannya, Farang Lejund. 

Menjadi pemain yang paling diperkatakan dalam PMPL MYSG S4 kerana bakatnya yang sangat berkualiti terutama apabila beliau beberapa kali berjaya meratakan beberapa pasukan seorang diri. 

FRG乄AdikLuq membuktikan bahawa beliau bukan hanya membuat konten PUBG di Tiktok, tetapi beliau juga merupakan seorang pemain yang sangat berkualiti buat pasukan Farang Lejund. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Dalam sesi temu bual bersama dengan Tash Bunny di Weekday PMPL MYSG S4, Tash ada bertanya kepada salah seorang pemain mereka iaitu FRG乄Luppy tentang mata penyingkiran yang diperolehi oleh FRG乄AdikLuq. 

Adakah pasukan itu memberi FRG乄AdikLuq untuk mendapatkan mata singkir atau FRG乄AdikLuq sememangnya berusaha untuk mendapatkan mata tersebut? 

FRG乄Luppy menerangkan bahawa FRG乄AdikLuq memang pandai memilih tempat untuk “farm kill”. Tetapi jika keadaan itu tidak sesuai, mereka akan melarang FRG乄AdikLuq daripada mengambil sebarang mata singkir. Walau bagaimanapun, FRG乄Luppy mengatakan bahawa mata singkir yang diperolehi oleh FRG乄AdikLuq merupakan usaha beliau sendiri. 

Pengurus Farang Lejund, iaitu Luqmanul Hakim bin Antong memberitahu pihak Hyprgame tentang pemain mereka, FRG乄AdikLuq: 

“Adikluq dengan kami dari tiada orang kenal lagi. Dia buat masalah tempoh hari memang atas kesilapan diri dia sendiri. Tapi pengalaman mematangkan orang. InsyaAllah selepas ini jadi lagi baik.” 

“Sekarang mata singkir Adikluq sudah cecah 101 penyingkiran. Adikluq memang mahu mencapai 100 penyingkiran ketika di Minggu 3 PMPL MYSG S4. Tetapi tidak sangka perkara itu dapat dicapai semalam.” 

Pencapaian, konsisten, usaha dan momentum yang ditunjukkan oleh pemain muda yang berbakat besar, FRG乄AdikLuq membuktikan bahawa beliau seorang pemain yang sangat berkualiti. 

Rata-rata peminat Farang Lejund dan pengikut PUBG Mobile bangga dengan pencapaian yang dibuat oleh pemain muda ini.

Berikut merupakan kedudukan keseluruhan di Weekday Minggu 3:

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Semoga ada sinar dan rezeki buat Farang Lejund untuk mara ke SEA. Itu memang merupakan pencapaian yang Farang Lejund mahu sasarkan.

Dengan adanya konsisten di dalam permainan, pasukan ini sememangnya ada masa depan yang cerah untuk mewakili Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *