MEMUAT

Taip untuk mencari

Ketua designer Apex Legends, Daniel Klein dipecat dari Respawn

atq_hyprgame
Kongsi
Sumber: Respawn Entertainment

Daniel Klein yang merupakan ketua designer Apex Legends telah dipecat oleh Respawn baru-baru ini selepas salah seorang individu memuat naik screenshots di blog lama beliau. Beliau didakwa membuat posting yang berunsurkan sexist dan racist. 

Seorang individu di Twitter telah memuat naik satu posting screenshots yang mengandungi ucapan hinaan mengenai wanita dan orang dari Afrika. 

Ada satu ucapan tentang orang Afrika yang pernah di post oleh Daniel Klein di blog lama beliau mengatakan, “If you feed them, they’ll come back and shit all over the place.” 

Pada masa Daniel Klein membuat posting di blog miliknya, Daniel Klein berumur 27 tahun. Jadi, perkara ini sukar diterima oleh warganet kerana pada masa umurnya 27 tahun, Daniel Klein sudah tentu boleh berfikir dengan baik akan sensitiviti setiap posting yang dibuat. 

Daniel Klein ada memuat naik satu posting di laman rasmi Twitter miliknya untuk menjelaskan keadaan sebenar. Beliau juga meminta maaf atas komen yang diberi di blognya dulu. 

“I have poured so much energy into becoming a better person since then, and right now I’m just very depressed because it feels I’ll never be able to make up for who I was.” 

“I said racist and sexist things, not because I deeply believed any of them, but because I knew I could get a reaction out of people. That does not excuse anything I said; the impact of my words was the same regardless of what I believed.”

Baca lanjut di media sosial rasmi Daniel Klein: Twitter

Sumber: Respawn Entertainment

Menurut salah seorang individu yang sudah lama mengikuti Daniel Klein di Twitter rasmi miliknya mengatakan:

“I think it’s ridiculous when people get bad endings for stuff from over a decade ago. Like that’s so long, you’re such a different person than you are that long ago. Anyways man sorry to hear that, you made some of my favourite league champs so i know you’re talented and will prosper.”

Rata-rata dari mereka mengucapkan rasa sedih dan kesal dengan individu yang memuat naik posting kurang matang beliau di Twitter kerana menganggap perkara ini sudah lama.

Tetapi, nasi sudah menjadi bubur. Daniel Klein rasmi dipecat dari Respawn yang dikuatkuasa pada hari ini, 13 Ogos 2021.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *