MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan Dota 2 Malaysia, Royale 5 diskualifikasi dari QH Sports Dota Series 2

atq_hyprgame
Kongsi

Royale 5 yang merupakan pasukan Dota 2 Malaysia telah diskualifikasi dari menyertai QH Sports Dota Series 2 kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur, Oceanic Esports. 

Pasukan Royale 5 dibarisi oleh 5 orang pemain iaitu William Yeoh “MangO`ROSE” Kwok Teong, Denise Danial “Wonder’boy” Bin Abdullah, Chung Wei “CwShen” Shen, Pang Sze “wayne” Xuan dan Ahmad Ahyad “Aegon” Bin Husam. 

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Oceanic Esports, penganjur itu mengatakan bahawa Royale 5 telah didapati bersalah atas kesalahan “3.4 Sharing Account”. 

Pasukan Royale 5 telah melakukan kesalahan tersebut apabila menentang pasukan Galaxy Racer pada 5 September lalu.

Oleh yang demikian, kelayakan Royale 5 dibatalkan secara serta merta sekali gus disingkirkan dari kejohanan tersebut. 

Untuk pengetahuan, Royale 5 merupakan pasukan jemputan yang dijemput ke QH Sports Dota Series 2 bagi menggantikan pasukan OB.Neon apabila pasukan itu tidak dapat melengkapkan barisan pemain mereka sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

Sumber: Oceanic Esports

Walaupun peluang untuk berada di kejohanan ini telah diberikan kepada Royale 5, namun, pasukan ini gagal mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Oceanic Esports. 

Jadi, kemenangan yang diperolehi oleh Royale 5 di pusingan menentang Galaxy Racer secara automatik diberikan kepada pasukan tersebut.

Kini, hanya tinggal 7 pasukan sahaja yang mewakili Kejohanan ini iaitu Team SMG, Execration, Ragdoll, Galaxy Racer, Army Geniuses, MY dan Top Team. 

QH Sports Dota 2 Series 2 telah bermula dari 30 Ogos sehingga 12 September. Jumlah hadiah terkumpul yang ditawarkan di kejohanan ini adalah sebanyak $15,000 USD

Sumber: Oceanic Esports

Untuk membaca dengan lebih lanjut, boleh ke laman rasmi Facebook milik Oceanic Esports.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *