Dota 2 DPC 2022: Penalti tukar pemain & peraturan kemaskini roster

Share

Valve telah pun mengumumkan maklumat terkini tentang DPC 2022 yang akan memulakan tour pertama mereka pada 29 November ini. 

Maklumat serta peraturan yang diumumkan oleh Valve sepanjang Liga Regional dan Major di DPC 2022 harus dipatuhi oleh semua pasukan jika mereka tidak mahu dikenakan penalti atau dibatalkan kelayakan secara serta merta.

Selain daripada jadual, prize pool, format regional & major serta DPC Points bagi semua pasukan Dota 2 yang akan sertai DPC 2022, Valve juga kongsikan penalti tukar pemain & peraturan kemaskini roster.

Semua pasukan harus kunci roster sebelum atau pada 21 November

Semua  pasukan yang bakal menyertai Dota 2 DPC 2022 harus mengunci roster mereka sebelum atau pada 21 November ini. Itu merupakan tarikh perubahan roster harus dibuat. 

Tours bagi DPC 2022 ada dua iaitu Liga Regional & Major. Pasukan Dota 2 boleh memilih untuk drop-player pada hari Selasa selepas setiap Major tamat. Dan selepas itu, roster akan dikunci semula pada hari Ahad

Sumber: Valve

Sepanjang Liga Regional berlangsung, pasukan tidak boleh menukar roster mereka. Kiranya roster pasukan telah pun dikunci sepanjang Liga Regional berlangsung. 

Ini merupakan proses drop-player dan add-player lock. Tujuan utama dia adalah untuk menghalang pemain daripada digugurkan di saat akhir. Dan menyebabkan mereka tiada masa untuk sertai pasukan lain. 

Boleh ke pasukan bermain dengan subs (pemain gantian)?

Valve mengatakan bahawa pemain gantian atau subs adalah dibenarkan dalam Liga Regional di mana subs hanya boleh bermain 4 daripada 7 pusingan sahaja. Jika subs bermain 5 atau lebih pusingan di Liga Regional, kelayakan mereka akan dibatalkan serta merta.  

Ianya berbeza di Major di mana pasukan yang akan berentap di Major & menggunakan subs di acara tersebut akan dikenakan 40% penalti pada DPC Points mereka.  

Organisasi e-sukan hanya boleh mewakilkan satu pasukan sahaja

Valve menyatakan bahawa boleh jika ada beberapa pasukan yang berada di bawah satu organisasi e-sukan yang sama. Namun, seperti sebelum-sebelum ini, hanya satu pasukan daripada sesebuah organisasi yang layak ke The International. 

Sumber: Team Nigma

Jika dua pasukan daripada organisasi yang sama layak untuk The International, organisasi itu mesti sama ada mengalih keluar semua hubungan mereka dengan salah satu pasukan, atau hanya pasukan teratas yang layak.

Seperti yang kita tahu, Team Nigma dan Galaxy Racer telah pun bergabung menjadi satu organisasi e-sukan. Kedua-duanya juga mempunyai roster bagi Dota 2. 

Ia sedikit sebanyak akan memberi impak buat organisasi e-sukan yang memiliki lebih dari satu pasukan di bawah organisasi mereka. Tetapi jika dilihatkan, kebanyakan organisasi e-sukan Dota hanya mempunyai satu pasukan di bawah mereka.

Valve juga ada memberitahu sama ada organisasi e-sukan itu menamatkan hubungan dengan salah satu pasukan atau hanya mengambil pasukan teratas di dalam organisasi mereka. 

Maklumat lanjut tentang roster atau informasi tambahan tentang kejohanan Dota 2: DPC 2022 yang bakal berlangsung pada November pasti akan diberitahu oleh Valve dari semasa ke semasa di laman rasmi mereka, Dota 2.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!