Nigma & Galaxy Racer bergabung untuk mencipta peluang di Timur Tengah

Share

Bekas pemilik roster bagi pasukan Team Liquid Dota 2 yang pernah menjadi juara bagi The International 7, Nigma kini menyertai Galaxy Racer dan mengambil alih usaha kompetitif mereka sebagai Nigma Galaxy

Selain daripada memberi fokus kepada negara-negara Timur Tengah, Amerika Selatan dan Asia Tenggara, Nigma Galaxy juga mahu menjadi “organisasi e-sukan nombor satu di dunia”

Nigma Galaxy akan kekal memasuki industri kompetitif seperti Dota 2, League of Legends, CS:GO, Fortnite, Free Fire, Valorant, PUBG Mobile dan Wild Rift .

Apa tujuan Team Nigma mahu bergabung dan membuat perkongsian bersama Galaxy Racer?

Pergabungan antara dua buah organisasi selalunya disebabkan oleh ingin meluaskan lagi nama organisasi serta memudahkan sesuatu organisasi itu mendapatkan hak istimewa. 

Untuk Nigma Galaxy, gabungan yang dibuat oleh mereka sememangnya untuk menjadi organisasi e-sukan nombor satu di dunia.

Tetapi mereka juga mempunyai tujuan yang lebih baik iaitu mahu mencipta peluang yang lebih baik buat industri e-sukan di Timur Tengah. 

Sumber: Nigma Galaxy

Nigma merupakan organisasi e-sukan Eropah, manakalah Galaxy Racer adalah organisasi e-sukan dari United Arab Emirates.

Gabungan antara dua organisasi e-sukan dari region yang berbeza dapat membantu menaikkan lagi industri e-sukan di Timur Tengah. 

Umum mengetahui bahawa Nigma merupakan antara organisasi e-sukan yang besar khususnya dalam Dota 2. 

Dengan adanya gabungan ini, peluang untuk membantu e-sukan di Timur Tengah akan menjadi lebih mudah. Perkembangan industri e-sukan di Eropah boleh dikatakan dalam keadaan yang sangat baik. Tidak seperti di Timur Tengah.

Untuk membantu pembangunan e-sukan di Timur Tengah, Nigma bersetuju untuk bergabung dengan Galaxy Racer.

Semoga gabungan di antara Nigma dan Galaxy Racer dapat menaikkan lagi e-sukan di Timur Tengah. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!