Geek Fam dan Sem9 Konsisten, Genexus Bangkit!

Share

Overall Ranking Minggu Ke-2 Hari 1  telah pun keluar semalam menyaksikan pasukan Geek Fam berada di tangga pertama dengan jumlah 90 Mata dan 20 Elims tertinggi di pusingan ke-3 perlawanan ini. 

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Manakala pasukan SEM9 pula berada di tangga ke-2 Overal Ranking  PMPL MYSGPH Fall 2022 Week 2, Day 1 semalam. 

Kredit : Sem9

SEM9 mendapat jumlah 27 Elims, 36 Rank PTS, 1 WWCD, dengan jumlah keseluruhan mata sebanyak 63 di minggu ke-3, hari pertama PMPL MYSGPH Fall 2022 ini. 

Pasukan Geek Fam juga sempat mendapatkan Double Win Win Chicken Dinner di acara semalam. Prestasi kedua pasukan ini menunjukkan yang mereka sudah konsisten bermula minggu ke-2 dengan mendapatkan tempar tertinggi di Overal Ranking PMPL MYSGPH Fall 2022 setakat ini.  

Sungguh mengejutkan apabila pasukan Genexus mula bangkit selepas berjaya menduduki tangga Top 3 selepas pusingan terakhir semalam. 

Kredit : Genexus Esports Gaming

Pasukan Genexus yang didiami oleh pemain popular BiuBiu dan XiaoBoy (Smallboy) akhirnya berupaya memperolehkan 25 Elims, 34 Rank PTS, 1 WWCD dengan jumlah mata sebanyak 59 semalam. 

Untuk pengetahuan, pasukan Geek Fam mendapatkan 52 Elims, 38 Rank PTS pada akhir pusingan sehingga mereka berjaya berada di tangga 1 akhirnya. Nampak gayanya Firepower yang ditunjukkan oleh pasukan ini benar-benar menjadi sehingga mampu mengejar Top 1 yang awalnya diduduki oleh Nsea. 

Damrude sendiri bermain dengan hebat apabila mencatat 8 Elims didalam satu pusingan sahaja. 

Selepas mengerjakan RSG, Genexus cuba untuk meratakan SEM9 juga menurusi push yang baik di match ke-2. Walaubagaimanapun ianya gagal apabila SEM9 akhirnya terlebih dahulu berada di Top 2, dan Genexus di Top 3. 

Pasukan Nsea kini berada Top 4 selepas berjaya meratakan pasukan DBD di match ke-2 semalam. 

Itulah antara saat-saat menarik sepanjang perlawanan pertama hingga akhir minggu ke-2, hari pertama PMPL MYSGPH FALL 2022 semalam. Apakah akan ada kejutan dan perubahan bagi Overall Ranking hari ini? 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!