SEM9 Teruskan Konsistensi Di PMPL MYSGPH FALL 2022

Share
Kredit : Facebook SEM9

Luarbiasa sungguh apabila prestasi SEM9 tetap konsisten dua hari berturut-turut iaitu pada hari ke-3 dan ke-4 PMPL MYSGPH Fall 2022. SEM9 berjaya mengekalkan tangga 1 pada dua hari tersebut memintas pasukan Team Secret dan Geek Fam. 

Kredit : Youtube PUBG Mobile Malaysia

Pada hari ke-4 PMPL MYSGPH Fall 2022, pasukan SEM9 mendapatkan 73 Elims dan mengutip Double WWCD dengan Total Points sebanyak 177. 

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Hal yang sama juga terjadi apabila mendapat mata tertinggi diantara pasukan lain pada hari ke-3 kejohanan ini. Sem9 berjaya mendapatkan dua kali WWCD, Elims 63 dan juga Total Points sebanyak 146. 

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Manakala Team Secret dan Geek Fam pula saling bertukar posisi dikedudukan Top 2 dan Top 3 bagi dua hari berturut-turut PMPL MYSGPH Fall 2022 ini. Mereka seakan-akan sedang saling kejar-mengejar mata dan kedudukan di PMPL MYSGPH Fall sejak beberap hari kejohanan ini berlangsung. 

Untuk pengetahuan pasukan Geek Fam hampir mengejar Sem9 untuk meraih Top 1 pada pusingan semalam kerana mereka mempunyai mata yang sama menerusi keputusan penuh tersebut. 

Untuk pengetahuan, pasukan Geek Fam mendapatkan 1 WWCD, 87 Elims, 90 Rank PTS, dan Total Points sebanyak 177 di hari ke-4 PMPL MYSGPH Fall 2022 semalam. 

Team Secret juga berjaya mendapatkan 1 WWCD, 86 Elims, 86 Rank PTS dan juga Total Points sebanyak 172 sekaligus menjadikan mereka berada di kedudukan Top 3 pada acara semalam. 

Daripada Top 12 di hari ke-3, pasukan Don’t Break Dreams DBD bangkit semula di ranking ke-4 PMPL MYSGPH Fall 2022 pada hari ke-3 semalam. 

Hari ini merupakan hari terakhir bagi minggu pertama PMPL MYSGPH Fall 2022 ini! Agak-agak kalian pasukan manakah yang akan mengutip mata bonus yang tertinggi dan mara ke peringkat seterusnya nanti? Kita tunggu dan lihat match hari ini ya. 

Teruskan memberi sokongan kepada pasukan kegemaran anda, sehingga ke penghujung PMPL MYSGPH Fall 2022. Persaingan semakin sengit, persembahan semakin hebat dan membanggakan. Adakah pasukan-pasukan yang berada dikedudukan terbaik ini akan terus konsisten?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!