Sea Games 31 Bukti Wise Jungler Versatil

Share

Sebelum ini, Mobazane pernah menyatakan pendapatnya terhadap kebolehan Wise sebagai pemain Mobile Legends Bang Bang MLBB. Kini setelah berjaya menjuarai Pingat Emas Mobile Legends Bang Bang MLBB Sukan Sea 31, telah membuktikan yang Wise seorang yang versatil sebagai Jungler.

Danerie James Del Rosario atau lebih dikenali sebagai Wise didalam arena kompetetif Mobile Legends adalah nama yang tidak asing lagi. Beliau kini memegang peranan sebagai Jungler didalam permainan peranti mudah alih ini.

Disebalik peranannya ini, beliau telah pun membawa nama Filipina bersama rakan duonya iaitu Jonmar Villaluna (OhMyV33Nus) apabila berjaya memenangi Pingat Emas dalam acara Mobile Legends Bang Bang pada Sukan Sea Ke-31.

Kredit : One Esports

Walaupun dia dikritik kerana mempunyai Hero yang terhad untuk bermain, dan kerap kali menggunakan Marksmen ketika di Jungle. Wise bijak menggunakan kekurangannya itu sebaik mungkin apabila berjaya menjadi juara MPL PH secara berturut-turut. pada musim ke-7 dan ke-8 acara itu.

Kredit : One Esports

Selain itu, pasukan Blacklist International ini juga pernah menjadi Juara M3 World Championship Mobile Legends Bang Bang tahun lalu.

Kredit : Youtube Mobile Legends Bang Bang Official

Kemenangan didalam Sukan Sea 31 ini telah membuktikan yang Wise adalah seorang pemain yang serba boleh (versatil) sebagai Jungler di arena Mobile Legends Bang Bang MLBB walaupun dengan Hero yang terhad ( limited hero pool ).

Kredit : Youtube OhMyV33NUS Channel

Kemampuan Wise lebih menyerlah apabila mampu menyesuaikan diri menggunakan Hero lain seperti Baxia ketika berada di map bagi menyelesaikan pertandingan dengan Kill, Death And Assist (KDA) 3/0/8 bertempur dengan pasukan Myammar MLBB Sea Games 31

Daripada seorang Jungler yang sering dikritik kerana keterbatasannya dalam penggunaan Hero, Wise kita sudah menjadi bintang Mobile Legendds Bang Bang yang bersinar, berkelas dunia dan menginspirasikan peminat esukan MLBB ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik