Kategori Esukan Berjaya Bawa Pulang 3 Gangsa

Share

Sukan Sea 31 telah pun melabuhkan tirainya dengan upacara penutupnya semalam. Malaysia telah menyempurnakan tugasnya melalui kategori esukan dengan membawa pulang 3 Pingat Gangsa.

Kredit : Gamer Santai

Selain esukan kategori peranti mudah alih, androi atau ios game, permainan online peranti komputer pc Fifa Online 4 juga menjadi acara esukan di Sukan Sea 31.

Pada 15 Mei 2022, pasukan eRimau yang ditubuhkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Football Association Of Malaysia (FAM) juga telah berjaya meraih Pingat Gangsa pada acara tersebut.

Kredit : Facebook Luqmanhzq

Pasukan eRimau yang terdiri daripada Muhammad Luqman Haziq Hajiman, Muhammad Asyraf Kamal, Gan Mun Kiat and Wan Muhammad Hakimm Wan Narizan juga bersaing dengan Pasukan Thailand dan Vietnam ketika itu.

Kredit : Gamer Santai

Selain itu, Malaysia juga berjaya membawa satu lagi Pingat Gangsa melalui acara esukan Arena Of Valor pada 22 Mei 2022 dimana saat itu Malaysia bersaing bersama-sama Thailand (Pingat Emas), dan Vietnam (Tempat Kedua).

Arena Of Valor telah diwakili oleh Cheng Wei Han, Cheoh Yong Chen, Chye Zi Yang, Shee Ji Hong, Loo Yong Leong, Lai Chia Chien and Cham Hong Xin sebagai pemain yang berpengalaman.

Kredit : Facebook PUBG Mobile

Akhir sekali sebagai penutup Sukan Sea 31 di Hanoi Vietnam, Pasukan Malaysia telah berjaya merangkul Pingat Gangsa melalui kategori skuad PUBG Mobile pada 22 Mei 2022.

TABAH NSEA berjaya mengakhiri pusingan terakhir perlawanan PUBG Mobile secara berkumpulan dengan 148 mata sekaligus berjaya berada dikedudukan TOP 3 bersama Vietnam (Pingat Perak – 156 Mata), serta Indonesia (Pingat Emas – 163 Mata)

Kredit : The Star

Untuk pengetahuan, selain TABAH NSEA, satu lagi pasukan Malaysia yang diwakili oleh Geek Fam juga berjaya berada di kedudukan TOP 10 pada Ranking ke-7 dengan 120 Mata.

Kedua-dua pasukan yang mewakili Malaysia bagi acara berkumpulan PUBG Mobile adalah terdiri daripada pemain iaitu Muhammad Irfan Jafni Mohamad, Muhammad Farish Husaini Zailani, Muhammad Faiz Aiman Baharuddin, Mohamad Amizul Hafiz Mohd Fadzli, Muhammad Dhiya Ulqad Muhammad Arasz, Muhamad Izzrudin Hashim, Mohd Irzam Mohd Zaini, Mohamad Nabil Nazaruddin, Ahmad Syafiq Imran Mohamad, dan Nadzrul Abd Sagal.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!