Xorn Mohon Maaf, Malaysia Top 4

Share

Sejurus selepas berakhirnya kategori esukan MLBB di Sea Games Hanoi Kelmarin, Xorn menerusi sebuah hantaran di story Instagram miliknya telah menyatakan maaf kepada rakyat Malaysia, terutama peminat Mobile Legends Bang Bang MLBB kerana kegagalannya membawa sebarang Pingat untuk Malaysia pada acara tersebut. Walaubagaimanapun pasukan Malaysia ini telah melakukan yang terbaik kerana berjaya berada dikedudukan Top 4 MLBB meninggalkan pasukan negara lain semasa Sea Games 31. GG Malaysia!

Kredit : My Game On

Xorn telah pun bermain dengan baik sekali saat Xorn berjaya mempersembahkan aksi yang menarik semasa menggunakan hero seperti Chou, Franco dan Khufra.

Kredit : MPL Malaysia

Untuk pengetahuan, pasukan Malaysia telah pun memberikan ALL OUT ketika sepanjang perlawanan MLBB di Sea Games, cuma rezeki tidak menyebelahi mereka kali ini.

Kredit : Youtube CEmaster Gaming

Untuk pengetahuan, pasukan Malaysia telah pun memberikan ALL OUT ketika sepanjang perlawanan MLBB di Sea Games, cuma rezeki tidak menyebelahi mereka kali ini.

Mana tidaknya, sebelum ini pasukan Malaysia berjaya menumpaskan Match ke- 7 menentang Myammar dengan 2-0, dan juga pada Match ke-9 menentang Laos dengan nilai mata 2-0.

Kredit : Youtube RGG Gaming Channel

Untuk sampai ke tahap Top 4 ini juga bukan sesuatu yang mudah kerana pasukan negara lain seperti Myammar, Laos dan lain-lain juga tidak kurang hebatnya.

Malah hanya mereka yang layak sahaja boleh beraksi di Sukan Sea 31, selepas latihan dan pertandingan dilalui pasukan-pasukan Malaysia ini.

Kredit : Yahoo News

Tambahan lagi, Pasukan Malaysia cuma tertinggal beberapa mata sahaja dengan pasukan Filipina (Pingat Emas) di tangga 1, Indonesia (Pingat Perak) di tangga 2, dan Singapura (Pingat Gangsa) di tangga 3. Seterusnya disusuli oleh Malaysia di tempat ke-4 yang meninggalkan pasukan Tuan Rumah, Vietnam dibelakangnya pada ranking ke -5.

Malaysia hampir sahaja untuk menang, cuma mungkin mereka kurang strategi, atau teamworknya masih lagi perlu diperbaiki seiring bersama skills masing-masing.

Harapan kami semoga skuad negara akan kembali lebih kuat pada Sukan SEA 2023 di Kemboja nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!