Nsea, Geek Fam Berjaya Ke Final Kategori Skuad

Share

Setelah berjaya berada di kedudukan Top 16 pada acara Kategori Skuad PUBG Mobile di Sukan Sea Hanoi, 2 pasukan Malaysia iaitu Negeri Sembilan Esports Association Nsea dan Geek Fam PUBG Mobile Malaysia kini mara ke peringkat final pula. Ternyata tidak sia-sia usaha pemain Malaysia fokus semasa pertandingan untuk terus mara ke final demi merebut pingat. pasukan negara manakah yang menjadi juara kali ini? kita saksikan.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Kehebatan ahli pasukan Malaysia seperti Franky sebenarnya sangat membantu mereka untuk ke pusingan Final, mana tidaknya kita lihat semasa perlawanan peringkat kelayakkan kumpulan ke final, Franky telah mendapatkan Clutch sekaligus menyapu rata pasukan Brunei walaupun berhadapan dengan DBS  double barrel pump-action bullpup shotgun dari luar zon kembali ke dalam zon. Hebat bukan?

Kredit : PUBG Mobile Malaysia

Skills lain juga ditunjukkan oleh pemain lain seperti Snipess saat menggunakan senjata Sniper yang betul-betul tepat kepada target dengan hantaran tembakan yang begitu sempurna!

Kredit : MR Files

Mereka telah memberikan sepenuh usaha dan tenaga demi menuju misi mereka menempah tiket ke Final PUBG Mobile Sukan Sea 31. Prestasi yang menyakinkan oleh kedua-dua pasukan di peringkat kelayakan telah menunjukkan yang mereka sememangnya layak untuk mendapat tempat ini.

Kredit : PUBG Mobile Malaysia

Walaubagaimanapun mereka tidak boleh terlalu selesa kerana pasukan-pasukan dari negara lain juga tidak kurang hebatnya. Diharapkan pasukan Malaysia dapat mengekalkan momentun sehingga ke akhir perlawanan final kelak.

Kredit : PUBG Mobile Malaysia

Ayuh berikan sokongan kita kepada pasukan Malaysia di peringkat akhir ini sambil menonton LIVE kategori berkumpulan PUBG MOBILE Hanoi 31st SEA GAMES dari 19-22 Mei ini di semua platform sosial media rasmi PUBG Mobile.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!