Senjata Ares telah di Nerf oleh Riot Games

Share

Rungutan pemain terhadap senjata yang telah menjadi tumpuan utama dalam permainan (Ares) telah di dengari oleh Riot Games. Pihak pembangun juga telah mengeluarkan patch baharu bagi mengimbangi senjata itu.

Patch pertama semasa Episod baharu di keluarkan sangatlah gila. Kemasukan ejen Neon yang boleh bergerak pantas dan pemain yang gila menggunakan Ares membuatkan meta permainan tidak menentu dan tidak menyeronokkan. Apatah lagi ejen Neon yang menggunakan Ares yang telah di buff dan merusuh secara melulu.

“Pelarasan di bawah sepatutnya menjadikan senjata itu lebih sukar untuk dikawal dan mengembalikan beberapa watak senjata itu dengan mengurangkan ketepatan dan kawalannya,” kata Associate Jeff Landa.

Patch sebelum ini telah meningkatkan prestasi senjata Ares dan mengurangkan harga pembeliannya serendah 1,550 kredit. Tetapi perkara itu telah mengundang kerosakkan meta permainan apabila terdapat 5 pemain dalam satu party menggunakan Ares dan merusuh musuh tanpa henti. Meta yang tidak stabil ini telah mengundang perhatian developer dan itu yang membuatkan ia di nerf selepas beberapa hari patch pertama dikeluarkan.

  • Price increased from 1550 >> 1600
  • Pitch recoil increased
  • Spread changed from 0.8 >>0.7 after 10 bullets to 1.0 >> 0.7 after 13 bullets
  • Crouch benefits spread and recoil reduced from 40% >> 25%

Adakah Ares lebih baik daripada Spectre?

Dalam meta semasa, Ares mungkin senjata yang lebih baik daripada Spectre. Kedua-dua senapang eko pusingan berharga 1,600 kredit, tetapi Ares mempunyai peluru yang lebih banyak untuk membuat lebih tinggi damage kepada musuh. Spectre secara perbandingan lebih tepat, tetapi kawalan semburan Ares boleh dikuasai dengan beberapa latihan. Untuk 1600, sesetengah pemain mungkin lebih suka Ares berbanding Spectre.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!