MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kuza RSG Sedia Untuk Open Transfer

ai hyprgame
Kongsi
Kuza RSG Sedia Untuk Open Transfer

RSG Malaysia kini telah mengumumkan yang pemain mereka iaitu Kuza sudah disenaraikan sebagai “Open For Transfer”. Pengumuman ini telah dibuat menerusi muatnaik hantaran di akaun media sosial rasmi RSG MY sendiri.

Menurut RSG Malaysia, Kuza merupakan seorang pemain yang mempunyai potensi yang tinggi dalam scene Mobile Legends Bang Bang MLBB ini. Jadi dengan melepaskan Kuza dapat memberikan peluang kepada pemain ini untuk melebarkan sayapnya demi meneroka peluang baharu demi kariernya sebagai pemain profesional esukan.

RSG yang sebelum ini dikenali dengan nama Resurgence merupakan organisasi esukan yang di Singapura yang kemudiannya membuka cawangan di Kuala Lumpur Malaysia.

Divisi yang telah dikenali di Malaysia ini juga aktif didalam PUBG Mobile dan mereka mula dikenali ketika di MPL MYSG pada Musim Ke-7 yang lalu.

Memegang peranan sebagai Jungler, Kuza menyertai RSG Malaysia sejak Februari 2022 sehinggalah rasmi pada 27 Januari 2023 dia berada didalam status Open For Transfer.

Selepas RSG Malaysia memuatnaik pengumuman tersebut, Beberapa orang peminat pasukan ini turut memberikan reaksi seperti menyarankan Kuza meneruskan perjuangan di dunia MLBB dengan menyertai pasukan lain.

Mereka percaya dengan potensi yang dimiliki oleh Kuza, Pasti akan membawa beliau kejayaan bersama pasukan yang disertainya. GGWP Kuza !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *