MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Penyertaan Nama Besar Beri Impak Positif Industri Esukan

ai hyprgame
Kongsi
Penyertaan Nama Besar Beri Impak Positif Industri Esukan
Kredit : My Game On

Sejurus selepas pengumuman berkenaan MAB Esports telah dibina semula bagi divisi Mobile Legends Bang Bang MLBB, Pemilik MAB Esports iaitu Abang Lord memberikan komen berkenaan tentang impak kehadiran organisasi-organisasi besar ke dalam arena esukan kompetetif di Malaysia.

Menurut Abang Lord, Secara tidak langsung penglibatan organisasi mahupun nama-nama besar didalam dunia esukan di Malaysia dapat memberikan impak positif kepada organisasi esukan tersebut.

Hal ini demikian kerana dapat menarik minat pelabur lain yang terdiri daripada syarikat korporat untuk melabur (Investment) didalam organisasi esukan tersebut.

Malahan dengan bantuan pelaburan ini dapatlah meringankan beban organisasi esukan tersebut yang rata-ratanya berdiri diatas kaki sendiri dengan modal sendiri (self-funded). Dengan itu organisasi mahupun pasukan Malaysia akan mendapat bantuan penajaan, kolaborasi atau usahasama (partnership) daripada syarikat besar.

Abang Lord berkongsi pendapatnya ini menerusi akaun media sosial rasmi Tiktok nya semalam.

2023 ini menjadi tahun dimana industri esukan di Malaysia mula bangkit ke arah perubahan bagi menaikan nama organisasi esukan Malaysia ke persada dunia.

Bermula dengan perpindahan Roster seperti Open Transfer, penjenamaan semula, Organisasi terkenal di Malaysia mahupun luar negara sudah mula berkolaborasi dengan pasukan Malaysia didalam divisi Mobile Legends Bang Bang MLBB khususnya.

Misalnya baru-baru ini ELX Worldwide, Pasukan yang memenangi Mobile Legends Semi Pro Championship (MSPC) Musim Ke-2 baru-baru ini iaitu ELX Esports kini secara rasminya sudah bernaung di bawah Red Gaints Esports.

Manakala pasukan Aryaa Gaming kini telah menukarkan nama mereka kepada Madness Gaming bagi penyertaan di Regular Season MPL Malaysia Musim Ke-11 ini.

Malahan ada juga divisi yang mulai masuk ke scene Mobile Legends Bang Bang seperti Team Secret dan SEM9. Selain itu tindakan organisasi esukan di Malaysia yang menyerap pemain berbakat daripada siri juara dunia daripada Indonesia mahupun Filipina merupakan langkah yang baik didalam menbina pasukan MY berpotensi kelak.

Bukan sahaja ini menjadi berita baik kepada dunia esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB, Malahan divisi lain seperti PUBG Mobile juga akan membangun dengan baik.

Selain itu, Kebajikan dan masa depan pemain-pemain akan terjamin sekaligus dapat mengekalkan mereka didalam dunia esukan kompetetif ini dalam jangka masa yang panjang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *