MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Onic Bangkit, Todak Kekal Mendominasi Ke Upper Bracket

ai hyprgame
Kongsi
Onic Bangkit, Todak Kekal Mendominasi Ke Upper Bracket
Kredit : Abang mlbb

Semalam telah bermulanya perlawanan hari Ke-3 di M4 World Championship 2023 yang telah menyaksikan pertarungan antara kumpulan A dan B.

Kredit : MPL Indonesia

Ini merupakan pusingan Final didalam peringkat kumpulan sebelum mereka maju ke babak Upper Bracket pula.

Untuk pengetahuan anda, Tidak ada pasukan yang akan tersingkir daripada M4 ketika di peringkat kumpulan. Tetapi yang menjadi kegusaran di hati pasukan yang bertanding adalah berhadapan di pusingan kalah mati

Setelah melalui fasa kekalahan ketika menentang Todak sebagai wakil Malaysia pada hari pertama M4, Onic Esports sekali lagi berjaya bangkit menebus kekalahan mereka untuk mengunci slot ke Upper Bracket. Perlawanan mereka bersama MDH Esports semalam ditamatkan dengan kemenangan skor 1-0.

Kredit : txtmlbb

Tidak hanya bertembung dengan pasukan Vietnam MDH Esports, Onic Esports juga sebelumnya telah meraih satu lagi kemenangan ketika perlawanan mereka bersama Malvinas Gaming.

Kerjasama diantara Kiboy dan Kairi mengawal peta ketika berhadapan dengan Malvinas Gaming yang mempunyai rekod 1-1. Hayabusa yang digunakan Kairi, Franco daripada Kiboy, Grock, Valentina daripada si landak kuning ID nampaknya membantu Onic Esports mendapatkan mata mereka ketika berhadapan dengan wakil Peru itu.

Krredit : MPL Indonesia

Hal inilah yang menjadikan kemenangan manis buat Onic Esports dengan dua kemenangan sekaligus didalam satu hari perlawanan. Malahan Kairi juga berjaya meraih dua puluh satu kill dan nol death sehingga dinobatkan sebagai MVP pada hari perlawanan.

Kemudian MDH esports cuba untuk mencari peluang kemenangan pada match kali ini. Tetapi sayangnya Onic Esports terlihat lebih terkawal permainannya dan tidak mahu mengulangi kesilapan sama ketika berhadapan dengan Todak tempoh hari, Onic melakukan yang terbaik untuk menebus garis permarkahan 2-1 (scoreline) didalam Group B

Kredit : Why

Manakala Naib Juara MPL MY S10 Todak yang telah memasuki slot ke M World Series ini selama beberapa musim ini nampaknya benar-benar menggunakan pengalaman yang mereka ada untuk mengunci slot ke Upper Bracket

Hari Ke-3 M4 turut menyaksikan Raja Lautan ini berjaya menewaskan MDH Esports daripada Vietnam dengan skor 1-0 ketika perlawanan ketiga mereka didalam kumpulan B

Pemilihan hero yang tepat juga menjadi punca kemenangan buat wakil Malaysia ini. Malahan penggunaan Franco dengan bijaknya membantu mereka untuk memenangi match tersebut

Walaupun telah berjaya memasuki Upper Bracket Playoff, Todak tidak mahu terlalu selesa dan menyatakan yang ini hanya permulaan buat mereka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *