MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

RRQ Hoshi Tewas Di Tangan Echo Esports

ai hyprgame
Kongsi
RRQ Hoshi Tewas Di Tangan Echo Esports
Kredit : Tribun News

Walaupun RRQ Akira wilayah Brazil berjaya menumpaskan wakil Malaysia Team Haq semalam, Tuah yang sama tidak memihak kepada jiran mereka iaitu RRQ Hoshi yang telah pun tewas di tangan pasukan Filipina iaitu Echo Esports.

Pada perlawanan pertama RRQ Hoshi sudah berjaya mengumpulkan mata setelah menewaskan wakil MENA iaitu pasukan Occupy Thrones.

Tetapi Juara MPL ID ini tidak nampak mengekalkan konsistensi mereka ketika bertembung dengan Echo Esports pada perlawanan kedua di peringkat kumpulan M4 semalam.

Perlawanan yang berlangsung di M4 World Championship di Bali United Studio, Jakarta Indonesia itu menyaksikan kegagalan RRQ Hoshi untuk menambahkan mata kemenangan setelah kalah didalam babak non-elimination tersebut.

RRQ Hoshi dibarisi oleh pemain terbaik mereka iaitu Lemon, R7, Skylar, Albert, Dan Vyn cuba memperkuatkan pertahanan mereka ketika berhadapan dengan Echo. Akan tetapi Echo yang disertai oleh Sanji, Sanford, Bennyqt, Karltzy, dan Jaype, bermain terlalu agresif sehingga mampu menewaskan wakil Indonesia ini.

Serangan Echo terlalu sulit sehingga menganggu set up yang dilakukan oleh RRQ Hoshi. Turtle di awal permainan (early game) tidak dapat membantu RRQ Hoshi setelah mereka mulai ketinggalan di mid-game. Point kill dan gold mereka juga sudah ketinggalan berbanding pasukan lawan

Oleh yang demikian mereka cuba mengambil langkah pertahahan yang kuat apabila berjaya menyelamatkan base ketika lord pertama yang didapatkan Echo menghabisi Turret. R7 berjaya menumpaskan pasukan lawan ini

Walaubagaimanapun Echo menyerang lagi di lord kedua untuk mengecilkan lagi peluang RRQ Hoshi untuk menang. Akhirnya di minit Ke-18 RRQ Hoshi tumpas

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *