MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kombo Hilda dan Masha Todak Tumpaskan Onic Esports

ai hyprgame
Kongsi
Kombo Hilda dan Masha Todak Tumpaskan Onic Esports
Kredit : Abang MLBB

Mobile Legends Bang Bang World Championship M4 2023 yang memulakan perlawanannya semalam akhirnya ditamatkan dengan kemenangan Todak menewaskan Juara Mobile Legends Bang Bang Professional League MPL Indonesia Onic Esports

Kredit : Xorn Official

Pasukan tuan rumah Onic Esports terpaksa menerima dengan kekalahan mereka di hari pertama M4 setelah tewas ditangan wakil Malaysia Todak sebanyak 1-0.

Nampaknya kombo hilda masha Todak adalah yang terbaik saat beraksi di Land of Dawn menghadapi musuh. Sehinggakan ada peminat Todak menyarankan divisi ini untuk melakukan Hilda dan Masha buat pertarungan seterusnya. Mereka patut cuba memgekalkan kombo ini untuk perlawanan seterusnya.

Bukan mudah menghadapi kekuatan Onic Esports yang sudah lengkap dengan kehadiran Kairi. Pemain Filipina yang sudah menyertai Onic Esports ini bukanlah mudah untuk ditewaskan jika melihat daripada kekuatan dan kebolehan mereka.

Walaubagaimanapun Todak kekal fokus dan menggunakan taktikal yang baik untuk menjatuhkan lawan mereka ini. Yumskie nampaknya makin kuat melanggar pasukan lawan ini di Land of Dawn semalam.

Meta Hilda yang digunakan oleh Todak semasa perlawanan semalam juga turut mengganggu buff Kairi Onic Esports. Malahan gabungan Momo yang menggunakan dua Guardian Helmet, Moon dengan skill 2 yve dan Rival yang secara tiba-tiba datang menekan Retri memberikan lagi tekanan kepada Onic Esports

Selain bertemu dengan Onic Esports, Todak juga memulakan langkah kanan mereka berlawan dengan pasukan Malvinas Gaming sekaligus menewaskan mereka dengan skor 1-0.

Hari ini merupakan hari kedua peringkat kumpulan M4 akan menyaksikan Team Haq untuk turun padang. Juara MPL MY S10 ini akan berlawan dengan wakil Brazil iaitu RRQ Akira

Diharapkan Team Haq juga akan konsisten seperti Todak untuk ke peringkat seterusnya nanti.

Jangan lupa untuk menyaksikan siaran lansung di platform media sosial Mobile Legends bang bang dan MPL Malaysia. GG Todak dan teruskan sokongan anda buat wakil Malaysia ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *