MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Rippo Tidak Lagi Bersama Bigetron Esports

ai hyprgame
Kongsi
Rippo Tidak Lagi Bersama Bigetron Esports

Menerusi sumber Facebook Abang MLBB, Dunia esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB sekali lagi dikejutkan dengan berita pengumuman Rippo yang tidak lagi bersama pasukan Bigetron Esports

Kredit : Bigetron Esports

Rippo atau nama sebenarnya Muhammad Arif Bin Abdul Halim merupakan pemain profesional Mobile Legends Bang Bang MLBB yang berkhidmat didalam pasukan Bigetron sebagai EXP Laner.

Pemain berasal Malaysia yang berusia 22 tahun ini juga pernah menyertai Geek Fam pada 2019 dan Aerowolf Jr pada 2020 sebelum menyertai Bigetron daripada Indonesia di pertengahan tahun 2020 sehinggalah sekarang.

Bersama Geek Fam dahulu Rippo pernah meraih juara MPL MY/SG S3. Malahan Rippo dapat memberikan persembahan yang baik bersama pasukan Bigetron Indonesia sehingga meraih Top 3 di MPL ID S6 dan MPL ID S7 sebagai Top 1. Perlawanan yang terakhir Rippo sertai bersama Bigetron sebelum melangkah pergi daripada divisi ini adalah dengan memenangi Kohai Championship Mobile Legends Bang Bang di Top 1 pada November 2022 lalu.

Rippo sangat dikenali didalam kalangan komuniti esukan kompetetif ini sebagai
King of Taunting kerana berjaya membawa Bigetron Esports meraih pencapaian terbaik bagi kedua-dua musim MPL ID berturut-turut itu.

Walaubagaimanapun, Setakat ini belum ada lagi sebarang maklumat yang menyatakan samaada Rippo akan terus berkhidmat didalam liga Indonesia bersama pasukan lain, atau pulang kembali ke tanah air untuk pasukan Malaysia pula.

Apa-apa pun kita mengharapkan yang terbaik buat bintang MLBB ini dan semoga perjalanan karier masa depannya terus bersinar. GG dan Good Luck!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *