MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Trend Permainan 2023, Pembangunan Penstriman Dan Kandungan Esukan

ai hyprgame
Kongsi
Trend Permainan 2023, Pembangunan Penstriman Dan Kandungan Esukan
Kredit StreamGeeks

Industri esukan didalam beberapa tahun ini nampaknya mengalami peningkatan yang baik termasuklah penglibatan penstriman langsung serta pencipta kandungan (Streaming Anda Content Creator).

Penggunaan media sosial mahupun aplikasi seperti Twitch, Youtube, Tiktok, Twitter, Facebook, Discord dan lain-lain lagi sebagai medium penciptaan kandungan esukan turut menjadikan industri ini pesat membangun. Ini kerana ramai pemain, atlet esukan, komuniti esukan dan ramai lagi gemar berkongs minat dan pengalaman mereka kepada penonton seluruh dunia.

Kredit : Dutch @Xrpl @Algo Developer DFi+GJTV Twitch Gamers

Tambahan lagi setiap isi kandungan mempunyai latarbelakang, cerita yang berbeza mengikut divisi masing-masing tidak kira PUBG Mobile, Mobile Legends Bang Bang MLBB, Dota 2, League of Legends, Apex dan lain-lain lagi permainan peranti mudah alih. Selain itu permainan video seperti PS, Xbox dan lain-lain lagi turut menjadi minat penggemar permainan video seperti ini.

Oleh kerana populariti permainan dan esukan semakin berkembang seiring dengan bilangan pencipta kandungan, Pencipta yang terdiri daripada pemain profesional, pemain amatur, streamer, influencer dan ramai lagi berkongsi perspektif dan pengalaman mereka yang berbeza di dunia esukan ini.

Kredit : Farooq Ahmad YT

Terdapat pelbagai faedah yang boleh anda dapat melalui aktiviti penstriman semula termasuklah keupayaan berkomunikasi dengan pemain daripada luar negara di hampir seluruh dunia disamping dapat berkongsi idea dengan mereka. Ia akan menjadi ruang perbincangan untuk para pemain yang mencintai dunia permainan video dan esukan.

Selain itu platform penstriman ini akan mencipta ruang kepada pencipta kandungan (content creator) untuk meluaskan lagi minat mereka, mencari peluang , dan lain-lain lagi. Sehinggakan platform ini menjadi ruang kerjaya dan pendapatan bagi masa depan pencipta kandungan ini. Mereka mendapat pendapatan melalui jumlah tontonan, kolaborasi, penajaan, pengiklanan, review produk esukan dan banyak lagi.

Tidak dapat dinafikan yang peningkatan kepada platform penstriman dan pencipta kandungan didalam industri esukan kompetetif ini telah membawa banyak hal positif bagi pertumbuhan esukan sebagai sukan profesional di negara ini. Ada juga pemain profesional yang sudah mula aktif didalam dunia penstriman sekaligus bersaing dengan pemain atau pasukan lain menerusi pelbagai kejohanan. Penyertaaan kejohanan samaada secara lokal atau peringkat global telah menawarkan mereka hadiah prize pooldalam jumlah yang besar. Hal inilah yang menjadikan masyarakat beranggapan esukan atau penstriman sebagai kerjaya sepenuh masa.

Kredit : Jonathan Liandi


Kesimpulannya, Peningkatan platform penstriman dan pencipta kandungan didalam industri esukan telah memberikan kesan positif kepada komuniti. Kemahiran seseorang individu ataupun pemain yang menyertai aktiviti sebegini juga dapat dipertingkatkan sekaligus mewujudkan skill baharu. Lagipun zaman sekarang di Malaysia sudah banyak pusat pengajian yang menawarkan kursus berkaitan permainan video, grafik dan sebagainya.

Kredit : Myriad Esports

Diharapkan dengan pembangunan ini dapat mewujudkan lebih ramai lagi pemain baharu yang berbakat, streamer atau content creator buat tahun 2023 pula!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *