MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

MDL PH Akan Bermula 2023

ai hyprgame
Kongsi
MDL PH Akan Bermula 2023
Kredit : One Esports

Pada Ogos 2022 yang lalu, Komuniti esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB dihidangkan dengan berita gembira mengenai MDL Mobile Legends Bang Bang Development yang akan memulakan musim pertama bagi edisi Filipina.

Kredit : MDL Philippines

Bermula hanya sebatas deas-desus ianya menjadi realiti apabila komuniti esukan Filipina sudah mempunyai tarikh rasmi bagi pembukaan MDL PH S1 ini. Perancangan ini sememangnya sudah dibuat beberapa bulan yang lalu bagi menjadi aspirasi kepada pembangunan esukan MLBB di Filipina. MDL akan menjadi tempat untuk melahirkan ramai pemain baharu dengan kebolehan dan pengalaman yang berguna sebelum mereka bersaing didalam acara yang lebih besar seperti di MPL Mobile Legends Professional League, M World Championship dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan anda, Pada 2021 tahun lalu MPL PH telah pun bertukar kepada Liga Francais dan perubahan ini tidak pula disertakan dengan divisi MDL. Akhirnya pada 1 Ogos 2022, Moonton sebagai pembangun permainan ini mengambil langkah drastik bagi meluaskan lagi dominasi Mobile Legends Bang Bang MLBB dengan penubuhan MDL di Filipina pula.

Kredit : FastBreak PH

Dengan pengumuman ini, Ramailah pasukan dan peminat MLBB tidak sabar lagi dengan MDL PH S1 yang akan memperlihatkan penyertaan ramai pemain berbakat khususnya golongan muda. Sehinggakan ada yang mencadangkan penyertaan Omega Esports kerana yakin dengan potensi mereka.

Wujudnya MDL ini akan membuka ruang mahupun peluang kepada pemain amatur atau pemain profesional untuk menajamkan kebolehan mereka didalam MLBB. Ini kerana fokus MDL adalah untuk menggilap bakat pemain bagi menghadapi kejohanan profesional kelak.

Sebelum ini Indonesia merupakan negara yang terawal menerima penyerapan MDL didalam arena esukan MLBB. Walaupun tidak begitu popular berbanding MPL, Mereka sangat berbangga dengan pemain profesional yang dikatakan banyak dilahirkan daripada program ini.

Ini akan menjadi hal menarik untuk kita lihat pada 2023 didalam MDL PH.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *