MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Koma Akui Kesilapan VP Cari Carry Baharu

ai hyprgame
Kongsi
Koma Akui Kesilapan VP Cari Carry Baharu
Kredit : Revival TV

Beberapa hari yang lalu komuniti Dota 2 hangat memperkatakan tentang pemain atau pasukan profesional Dota 2 turut terlibat dengan isu banned kerana telah melanggar etika permainan mahupun tournament penting.

Kredit : Nikolai Petrossian

Hal ini menyebabkan salah satu pasukan yang dikenali didalam dunia esukan Dota 2 iaitu Virtus.pro terpaksa mengemas kini semula Roster mereka sebelum boleh beraksi ke Dota Pro Circuit (DPC) 2022/2023. Ahli pasukan mereka yang berperanan sebagai Carry iaitu Kamil Biktimirov (Koma) telah dikenalkan tindakan oleh Valve kerana melanggar peraturan perlawanan.

Berikutan situasi ini, Koma sendiri telah memuatnaik kenyataan atau komennya secara terbuka untuk memohon maaf diatas insiden yang telah terjadi ini.

“Today I learned the biggest lesson of my life. I made the mistake of listening to other people, believing them and playing an official match from another account, hoping to get the prize money from the tournament. I fully admit my guilt and apologize to the entire community and especially the VP fans. I realize how much I’ve let my club down but there’s nothing I can do.”

Koma menyedari kesalahan dan perbuatannya ini dan menerima sebarang hukuman daripada Valve dan mahu berbincang dengan Valve untuk mempertimbangkan semula tentang jenis hukuman yang akan diberikan.

“I really wanted to be a Virtus.pro player so I hid my transgression during tryouts hoping no one would find out. I’m 20 years old and Dota is my life, it’s all over now and no one is to blame except me and my decisions. I agree that I have to be punished for my mistake, but I will ask Valve for a reduction in the ban. I want to believe the best, but I will accept whatever Valve chooses. Once again, I apologize to everyone and urge young players to think with their heads and not ruin their future. I hope to see you again.”

Selanjutnya, Koma juga menyatakan yang dia ingin menjadi pemain Virtus.pro profesional. Pemain yang berumur 20 tahun ini beranggapan yang Dota 2 adalah hidupnya dan semuanya telah berakhir dengan sia-sia. Malahan dia memohon maaf kepada paskannya dan semua orang sekaligus berfikir sebelum melakukan perkara yang salah.

Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pemain esukan kompetetif khususnya Dota 2. CEO Virtus.pro iaitu Nikolai Petrossian akan turut menyokong Aleksandr Solomonov (StrangeR) yang berperanan sebagai pengurus pasukan untuk membina Roster baharu nanti.

Walaubagaimanapun setakat ini masih belum ada apa-apa sebarang pengumuman rasmi lagi berkaitan Roster baharu VP, Tetapi yang pasti mereka kini perlu menacri Carry baharu sebelum musim baharu bermula pada 9 Januari 2023.

Malahan VP belum tentu lagi akan bersaing ke DPC musim baharu ini kerana peraturan Valve menyatakan bahawa “mana-mana pasukan yang bermain 5 atau lebih perlawanan Liga Serantau dengan pemain gantian akan dibatalkan kelayakan dan mana-mana perlawanan yang tinggal akan dibatalkan.”

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya