MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Khabar Angin Wolves Slot PEL Dan Roster SMG

ai hyprgame
Kongsi
Khabar Angin Wolves Slot PEL Dan Roster SMG

Liga premier seperti yang kita telah ketahui merupakan liga sukan terkenal didunia dan telah menjadi sebahagian daripada hierarki teratas didalam dunia bola sepak. Selain mempunyai jenama, Liga ini juga mempunyai sejarah, pengaruh dan pasukan bola sepak popular dunia tersendiri.

Kredit : hesketh2

Pasukan bola sepak yang sering menjadi bualan komuniti dunia sukan ini adalah Wolverhampton Wanderes atau juga dikenali dengan singkatan nama Wolves. Kini telah tersebar khabar angin yang menyatakan pasukan Wolves ini sedang merancang untuk menandatangani kerjasama dengan Team SMG. Pasukan SMG merupakan salah satu nama besar daripada divisi Peace Elite League (PEL) China atau juga dikenali sebagai PUBG Mobile jika di Malaysia

Dengan pencapaian Wolves sepanjang penglibatan mereka didalam dunia bola sepak ini, Mereka ingin maju selangkah lagi membuka ruang pembangunan bagi kelab ini dengan mendapatkan slot di PEL sekaligus bekerjasama dengan pasukan SMG. SMG atau juga dikenali sebagai Still Moving Under Gunfire merupakan salah satu pasukan esukan yang popular di PEL dan pernah memenangi PEL Summer 2022 yang telah menawarkan Prize Pool sekitar $4.2 Juta bagi acara tersebut.

Malahan SMG juga menjadi antara 16 pasukan yang bertanding di PUBG Mobile Global Championship PMGC Grand Finals yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Khabar angin ini terjadi selepas kelibat maskot Wolves berada didalam video promosi PEL, Di mana video itu dimuatnaik untuk memperkenalkan PEL All-Star series dengan Team SMG yang telah menjadi sebahagian daripada PEL China.

Malahan Wolves juga dikatakan akan membeli slot di PEL dan Team SMG dengan anggaran sejumlah $5-$10 Juta sebagai Roster mereka. Bayaran sebanyak ini menjadi rekod terbesar didalam sejarah permainan peranti mudah alih (Mobile Gaming). Jika semua berjalan dengan baik Wolves Esports akan beraksi tidak lama lagi di Peacekeeper Elite League Summer 2023 nanti.

Jika khabar angin ini menjadi kenyataan, Ianya sudah tentu akan melonjakkan lagi pasaran PUBG Mobile atau PEL didalam arena esukan kompetetif ini secara global dan Asia. Semoga dengan kerjasama ini kelak dapat meningkatkan lagi kebolehan, pencapaian mahupun kualiti PEL atau PUBG Mobile dimata dunia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *