MEMUAT

Taip untuk mencari

Selamat Datang Prince Ke FlyQuest!

ai hyprgame
Kongsi
Selamat Datang Prince Ke FlyQuest!
Kredit : FlyQuest Youtube

Pemain profesional esukan League of Legends, Prince kini telah menyertai FlyQuest bagi musim baharu 2023 ini. Lee Chae-hwan atau juga dikenali sebagai Prince didalam arena esukan kompetetif League of Legends ini pernah membawa pasukan Liiv Sandbox menamatkan perlawanan di tempat ketiga ketika di Summer Split.

Kredit : FlyQuest

Malahan hasil kemenangan tersebut telah menobatkan Prince sebagai MVP terbaik kerana meraih banyak mata pada musim tersebut. Prince akan memegang peranan sebagai Bot Laner didalam FlyQuest sempena LCS 2023

Prestasi FlyQuest tidaklah begitu baik didalam beberapa tahun penglibatan mereka ini didalam dunia esukan terutamanya sejak Worlds 2020.

Oleh yang demikian FlyQuest juga telah menandatangani kerjasama bersama Jeong Eon-young (Impact) untuk berada di posisi Top Lane didalam pasukan.

Malahan Impact juga menyatakan yang ini merupakan cabaran buat dirinya untuk membimbing pemain muda dan pemain rookie sebagai pemain veteran

Selain Prince dan Impact, Vicla atau nama sebenarnya Lee Dae-kwang juga telah diserap masuk menyertai FlyQuest pada 9 Disember 2022, Vicla akan memegang peranan sebagai Mid Laner didalam Roster ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *