MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

PSG.LGD Serap Trio Baharu Roster 2023

ai hyprgame
Kongsi
PSG.LGD Serap Trio Baharu Roster 2023

Setelah seketika menanti dengan berita bekas pemain PSG.LGD iaitu Zhang Ruida (Faith Bian), Dan Zhao Zixing mengambil keputusan meninggalkan divisi ini, PSG.LGD kini telah membina semula Roster mereka bagi tahun 2023 dengan mengekalkan dua pemain veteran iaitu Cheng Jin Xiang (NothingToSay), Dan Kapten Zhang Yiping (y’) sebagai sebahagian Roster ini.

Kredit : PSG.LGD

Tambahan lagi, PSG.LGD juga terpaksa melepaskn Wang Chunyu (Ame) yang mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia esukan kompetetif ini.

Selain mengekalkan dua pemain veteran didalam divisi ini, PSG.LGD mengambil keputusan untuk mengisi kekosongan posisi lineup tersebut dengan Carry Player iaitu Guo Xuanang (Shiro), Offlaner Li Longwu ( xiàng yǔ), Dan Lin Hao (Planet) sebagai Roamer mereka.

Kredit : PSG.LGD

Pengumuman ini telah dinyatakan menerusi Weibo yang merupakan media di China, Dimana PSG.LGD telah membuat pengubahsuaian kepada Roster Dota 2 mereka selepas perbincangan dan konsultasi dibuat bagi menghadapi musim baharu nanti.

Selain 5 pemain yang tersenarai ini, Divisi ini juga akan diketuai oleh Jurulatih Zhang Ning (xiao8) bagi melatih pasukan buat Dota Pro Circuit DPC 2022/2023 ini.

Nampaknya para pemain di seluruh dunia sudah tentu tidak sabar lagi untuk melihat aksi Roster PSG.LGD yang telah dikemaskini ini pada DPC musim akan datang nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya