MEMUAT

Taip untuk mencari

Selamat Datang Heretics Dan KOI, LEC 2023

ai hyprgame
Kongsi
Selamat Datang Heretics Dan KOI, LEC 2023

Kejohanan League of Legends EMEA kini rasminya meraikan kedatangan dua pasukan baharu kepada francaisnya iaitu Team Heretics dan KOI.

Pasukan Heretics akan menggantikan Misfits Gaming selepas berjaya mendapatkan Slot mereka di LEC pada awal tahun ini, Manakala KOI pula merupakan pasukan Rogue yang telah di jenamakan semula bagi menghadapi musim baharu 2023 nanti.

Pasukan Heretic dan KOI sebelum ini sudah bersaing ketika penyertaan mereka didalam Liga de Videojuegos Profesional SuperLiga (LVP SL). Herectic menjadi juara bagi LVP SL Summer 2022 dan di acara utama European Masters Summer 2022.

Walaupun setakat ini masih belum ada lagi sebarang pengumuman berkenaan Roster LEC Winter 2023 bagi kedus-dua pasukan ini, Sudah terdapat beberapa khabar angin yang menyatakan Herectics akan menandatangani kerjasama dengan bekas pemain G2 Esports iaitu Marcin Jankowski (Jankos), Dan Top Laner pasukan DetonationN FocusMe iaitu Shunsuke Murase (Evi).

Selain itu, Pemain Norway iaitu Jakob Gullvag Kepple (Jackspektra) turut dikhabarkan akan membuat debutnya didalam Liga EMEA ini sebagai Bot Laner kepada pasukan Heretics. Rookie ini telah membantu Heretic meraih gelaran juara ketika di LVP SL Summer 2022 dan ketika di acara utama European Masters Summer 2022 saat menentang pasukan Giants dan Team BDS Academy.

Manakala pasukan KOI belum lagi membuat sebarang pengumuman berkenaan Roster yang akan dibuka ini. Jika dilihat menerusi kerjasama baharu ini, Pemain pasukan Rogue akan berpindah kepada Team KOI. Mereka semua terdiri daripada Kim Gen-seong (Malrang), Emil Larsson (Larssen), Markos Stamkopoulos ( Comp), Dan Adrian Trybus ( Trymbi ).

Jangan lupa untuk saksikan aksi kedua-dua pasukan ini di Winter Split yang akan bermula pada Januari 2023 nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *