MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Tahniah 5 Pasukan Last Chance PMGC 2023 GF!

ai hyprgame
Kongsi
Tahniah 5 Pasukan Last Chance PMGC 2023 GF!

Babak Last Chance PMGC 2022 telah pun menutup tirainya 1 hari yang lalu, Walaubagaimanapun bahangnya masih terasa dengan aksi pasukan-pasukan yang bersaing begitu sengit bagi mendapatkan tiket ke PMGC Grand Finals 2022.

Akhirnya 5 pasukan telah berjaya melepasi cabaran ini, Pasukan Alpha7 Esports, Vampire Esports, IHC Esports, DRS Esports dan iNCO Gaming membuktikan diri mereka layak untuk ke Finals.

Overall Ranking Last Chance pada hari kedua PMGC 2022 telah menyaksikan 2 pasukan daripada Brazil iaitu Alpha7 berjaya comeback pada minit-minit akhir perlawanan untuk melayakkan diri ke Grand Finals PMGC yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pasukan iNCO sempat melanggar pasukan Bigetron Esports daripada Indonesia sebelum mendapatkan slot kemenangan untuk mara ke PMGC Grand Finals 2022.

Manakala wakil SEA iaitu Vampire Esports daripada Thailand juga berjaya bangkit pada saat-saat akhir meluncur ke Top 2. Mereka berjaya meraih 57 Elims, 1 WWCD dan jumlah mata keseluruhan sebanyak 119 di Day 2 Last Chance PMGC 2022. Daripada meraih Top 4 ketika Match 8/12, Wakil SEA-Thailand ini berjaya mengunci slot mereka ke babak Finals PMGC 2022.

Selain itu, Pasukan DRS daripada Nepal dan IHC Esports daripada Mongolia turut meraih kutipan mata eliminasi terbaik sebanyak 62 dan 38 masing-masing. IHC berjaya menduduki Top 4 sekaligus meraih Points sebanyak 119. Kemudian Top 5 pula dimiliki oleh pasukan DRS Gaming dengan kutipan mata sebanyak 111 dan 1 WWCD pada Day 2 Last Chance PMGC 2022.

Setelah melalui pelbagai rintangan, Akhirnya 16 pasukan untuk ke Jakarta, Indonesia telah pun lengkap. Mereka akan melalui 18 pusingan perlawanan di sepanjang Grand Finals PMGC 2022 ini.

Tahniah kepada pasukan-pasukan yang berjaya mara ke final ini dan GG buat pasukan yang tidak berjaya, Cuba lagi pada musim hadapan pula! Adakah Top 5 daripada Last Chance ini akan menjadi pencabar “Wildcard” buat pasukan lain di Finals PMGC 2022 nanti? Kita nantikan! PMGC 2022 Grand Finals akan berlangsung pada 6-8 Januari 2022.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *