MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Juara TI3 Kembali Ke Alliance DPC 2023

ai hyprgame
Kongsi
Juara TI3 Kembali Ke Alliance DPC 2023

Juara The International TI3 iaitu Gustaz Magnusson atau juga dikenali sebagai s4 kini kembali semula menyertai The Alliance bagi Roster Dota 2 DPC 2023 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ini merupakan kali ke-4 s4 bekerjasama dengan Alliance sepanjang perjalanan kariernya sebagai pemain profesional esukan kompetetif ini.

Pengumuman ini telah dibuat oleh organisasi esukan Sweden ini menerusi akaun media sosial mereka, Ini menjadikan pasukan Alliance sudah lengkap dengan penyertaan dua lagi pemain veteran daripada Asia Tenggara.

“This upcoming season, we are headed for our favorite combo – East meets West,” said the organization in its official announcement. “With two new fierce SEA recruits joining a solid Swedish foundation as we stay close to our roots.”

“Untuk musim yang akan datang ini, Kami hadirkan kombo kegemaran gabungan Barat dan Timur. ” Kata organisasi ini didalam pengumuman rasmi. ” Dengan penyertaan dua pemain daripada SEA akan memberikan kekuatan kepada Sweden untuk terus dekat dengan asas kami.” – Alliance

Kredit : Alliance

Selain s4, Simon Haag (Handsken), Charlie Arat (Charlie), Remus Goh (Ponlo) dan juga pemain veteran Malaysia iaitu Ng Kee Chyuan (ChYuan) turut berada berada didalam Roster baharu ini.

Juara TI3 Kembali Ke Alliance DPC 2023
Kredit : Liquipedia

“I’m excited to be back in Alliance working with all the people and staff behind the scenes and especially with this new lineup that I think has a lot of potential going forward,” said s4. “Since we are coming from two different regions, you can expect some fun Dota from us.”

“Saya teruja untuk kembali bersama Alliance dan bekerjasama dengan semua orang mahupun staff belakang tabir, Terutamanya dengan line baharu yang mempunyai banyak potensi untuk ke hadapan.” Jelas s4. “Oleh kerana kami datang daripada wilayah yang berbeza, Anda boleh melihat persembahan menarik daripada kami.”

“Even though fans’ expectations are low right now, my goal is to change that and go far next year,” he continued.

“Walaupun harapan peminat agak rendah sekarang, Misi saya adalah untuk mengubah persepsi tersebut pada tahun hadapan. ” Tambah s4 lagi.

Untuk pengetahuan anda, Alliance telah menamatkan perlawanan di DPC Tour yang pertama di kedudukan Top 7 ketika keberadaan bintang mereka ketika itu iaitu Nikobaby dan w33 pada musim DPC 2022. Keputusan tersebut telah menurunkan kedudukan pasukan ini ke Divison II dan wilayah Eropah Barat (Western European).

Tak lama selepas itu mereka berjaya bangkit ke Division I setelah berjaya meraih tempat kedua ketika Lower Division Tour 2. Walaubagaimanapun rekod tersebut tidak kekal lama apabila mereka tumpas sekali lagi ke Division II setelah mendapat tempat terakhir didalam carta Tour 3.

Kali ini mereka akan memulakan langkah dan aksi mereka di Division II bagi musim DPC 2023 pula!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *