MEMUAT

Taip untuk mencari

SEM9 Melepaskan Kesemua Roster Divisi League Of Legends

ai hyprgame
Kongsi
SEM9 Melepaskan Kesemua Roster Divisi League Of Legends

Menerusi Facebook mereka, SEM9 dengan rasminya telah melepaskan kesemua ahli pasukan bagi divisi League of Legends LoL dan menyatakan yang hari ini telah menjadi penamat kepada perjalan divisi League of Legends bagi SEM9 didalam arena esukan kompetetif ini.

Untuk rekod, Penglibatan SEM9 didalam divisi League of Legends ini adalah sejak tahun lalu dan seterusnya divisi ini diambil alih pula oleh pasukan Berjaya Dragons.

Walaupun divisi ini cuma kekal dalam jangka masa yang agak pendek, SEM9 League of Legends ini telah disertai oleh beberapa pemain sejak rekod mereka iaitu Kent Ong (Kent) sebagai pengurus, Yew Siang Lim (Clayx) sebagai Bot Laner, Lee Kai Wen (Kirino) sebagai Mid Laner, Adrian Lee Meng Xuan (Shiromine) sebagai Top Laner, Beckham Ang Jing En (Arashi) sebagai Jungler, Eric Sia Sze Pin (Caspien) sebagai Jungler, Wei Lun Lim (Lezar) sebagai Mid Laner, Dan Alvin Lim Ming Siang (Felia) sebagai Support pada tahun 2021.

Manakala pada tahun 2022 pula, Divisi ini sekali lagi mendapat penyertaan daripada Axin sebagai jurulatih, AhWood sebagai ketua jurulatih, Chiang Tung Chun ( XieDoDo) sebagai Bot Laner, Dan Chen Jia Wei (Noname) sebagai Top Laner.

Walaubagaimanapun kedudukan mereka di Overall Ranking ketika di kejohanan PCS Spring 2022 dan PCS Summer 2022 baru-baru ini mengecewakan kerana hanya mampu menamatkan perlawanan masing-masing di tempat Ke-9 dan Ke-10.

Setakat ini belum lagi ada sebarang kenyataan berhubung sebab SEM9 melepaskan kesemua Roster ini dan mengakhiri penglibatan mereka didalam arena esukan kompetetif League of Legends. Seluruh organisasi berterima kasih kepada kesungguhan dan kerja keras seluruh ahli pasukan sekaligus menghargai penglibatan mereka sepanjang membawa nama SEM9 didalam arena esukan kompetetif ini.

Semoga kejayaan terus terukir buat perjalanan karier kesemua Roster yang dilepaskan ini termasuk Felia, Axin, Lezar, Arashi, Qaspiel, N0name & XieDoDo!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *