MEMUAT

Taip untuk mencari

Riot Games Umum ONE Pro Invitational Online

ai hyprgame
Kongsi
Riot Games Umum ONE Pro Invitational Online

Di media sosial telah tersebar tentang pengumuman Riot Games Japan berkenaan acara One Pro Invitational Online yang akan mengetengahkan perlawanan domestik bersempena acara utama Riot Games ONE. Riot Games ONE merupakan siri acara Valorant yang dihoskan oleh cawangan di Jepun yang berpengkalan di Los Angeles LA sebagai penerbit permainan.

Kredit : Riot Games Japan

One Pro Invitational Online ini akan berlangsung pada 10, 11, Dan 18 Disember 2022 ini dengan kerjasama 6 lagi pasukan lokal Jepun. Sepanjang perlawanan ini akan ada 3 pusingan dengan penggunaan format permainan best-of-three (Bo3) dan boleh di strim secara langsung menerusi Youtube, Twitch dan RiotGames Jepun.

Kesemua 6 pasukan Jepun yang tersenarai adalah terdiri daripada FAV Gaming, IGZIST, Jadeite, NORTHEPTION, REJECT, Dan juga Sengoku Gaming. Mereka semua telah menerima jemputan tersebut dan bersedia untuk bersaing nanti.

Perlawanan diantara IGZIST vs. Sengoku Gaming akan menjadi permulaan kepada pembukaan acara, Kemudian giliran NORTHEPTION vs. FAV Gaming pula beraksi pada 11 Disember 2022. Perlawanan atau Match terakhir akan dipersembahkan oleh Jadeite dan REJECT pada 18 Disember 2022.

Bagi FAV Gaming pula, Mereka belum lagi mengumumkan pemain Ke-5 bagi menggantikan Hideki Sasaki yang telah dikeluarkan daripada pasukan kerana melanggar kontrak. Manakala IGZIST yang dikenali dengan pemain Masayuki Takahashi (oitaN) akan berhadapan dengan Sengoku Gaming yang bertanding tanpa duo pemain Rusia mereka iaitu IIya Petrov (something), Dan Vici.

Selain itu, Pasukan REJECT dan NORTHEPTION pula telah menyiapkan Roster mereka sepenuhnya bagi perlawanan yang akan tiba didalam beberapa hari sahaja lagi. Untuk pengetahuan anda, Tenten yang merupakan saudara lelaki kepada Kim Tae-O (Meteor) akan membuat kemunculan debut rasminya mewakili pasukan NORTHEPTION bagi perlawanan ini.

Tayangan perlawanan online ini akan menjadi salah satu siri menjelang acara utama yang berlangsung selama dua hari di Arena Yokohama pada 23-24 Disember 2022 ini. Pada hari terakhir acara, ZETA DIVISION Dan DettonatioN Gaming akan bermain sekaligus bersaing dengan 3 pasukan antarabangsa yang berkaliber iaitu DRX, Fnatic, Dan Paper Rex. 

Tambahan lagi, Bersempena dengan Riot Games ONE Pro Invitational Online ini penganjur akan melancarkan pelbagai acara permainan online (maya) dan offline sepanjang bulan ini termasuklah Crazy Raccoon Cup VALORANT, LIMITZ VALORANT ALL-STAR, Crazy Raccoon Cup Special, Dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai acara ini, Anda boleh melayari laman sesawang Riot Games ONE sekarang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *