MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Selamat Datang Ke Skuad, Boom ! – Team Secret

ai hyprgame
Kongsi
Selamat Datang Ke Skuad, Boom ! - Team Secret
Kredit : Team Secret

Terkini Team Secret telah melengkapkan Roster mereka dengan penyertaan ahli pasukan terakhir iaitu Boom yang akan menggantikan peranan Mid-Lane mereka Nisha.

Kredit : Team Secret

Miroslav Bican atau juga dikenali dengan panggilan Boom didalam arena esukan kompetetif ini merupakan bekas pasukan Gaimin Gladiators bermula Febuari 2022 sehingga Oktober 2022. Dia telah menyertai pelbagai pasukan dan menimba pengalaman sepanjang kariernya sebagai pemain esukan Dota 2 ini.

Sebelum menyertai Gaimin Gladiators, Boom pernah menyertai beberapa pasukan popular lain seperti Pries Gaming, HippoManiacs, SwordDDark, Vikin. gg, Dan Team Tickles. Malahan Boom juga berpengalaman ketika di BTS Pro Series S3 Europe/CIS, Dota Summit 13 Online Europe/CIS, Epic League S3 Division 1, Dota 2 Champion League S6, DPC WEU 2021/2022 Tour Regional Final dan lain-lain lagi kejohanan.

Kredit : Team Secret

Bagi Team Secret, Boom merupakan susuk Mid-Laner yang berkebolehan disamping mempunyai peningkatan prestasi tahun demi tahun. Malahan divisi ini juga selesa dan senang hati dengan kehadiran Boom didalam pasukan ini. Lagipun pengalaman yang ada pada Boom sudah cukup menyakinkan Team Secret akan kebolehan bintang Czechia ini. Dia masih muda, berbakat dan sentiasa bersemangat untuk memenangi perlawanan. Hal ini menjadikan Boom orang yang sesuai untuk berada didalam Team Secret.

Boom akan berjuang bersama Remco Arets ( Crystallis ), Roman Fomynok ( Resolut1on), Baqyt Emiljanov ( Zayac), Clement Ivanov (Puppey), Dan Lee Seung Gon ( Heen ) bagi persaingan di acara Dota Pro Circuit DPC 2023 nanti.

Penyertaan Boom didalam Team Secret sememang suatu kelebihan kerana ianya akan menjadi peluang yang baik untuk Boom berkembang lebih lagi sebagai pemain sekaligus memberikan kelebihan kepada Team Secret sendiri untuk jangka panjang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *