MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sertai MoonMeander, TSM Cari Dua Lagi Ahli Baharu

ai hyprgame
Kongsi
Sertai MoonMeander, TSM Cari Dua Lagi Ahli Baharu

Setelah pengumuman rasmi berkenaan kapten pasukan mereka iaitu David Tan telah ditukarkan sebagai Ketua Jurulatih, TSM kini sedang mencari ahli baharu bagi musim 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kredit : TSM

TSM mempunyai debut yang baik pada tahun ini didalam arena esukan kompetetif Dota 2 setelah berjaya menamatkan perlawanan di ESL One Stockholm Major 2022 di tempat yang Ke-2.

Walaubagaimanapun, Prestasi TSM di The International 2022 (TI11) amat mengecewakan setelah menamatkan perlawanan di tempat Ke-17-20 didalam Overall Ranking.

Oleh yang demikian TSM membuat keputusan untuk membina semula Roster mereka setelah kekecewaan di The International 2011 (TI11) sekaligus bertindak melepaskan pemain Kim Doo-Young (DuBu) sebagai Free Agent. Tambahan lagi pasukan ini juga sedang mencari kapten baharu kerana MoonMeander telah dipindahkan sebagai Head Coach setelah 8 tahun bermain secara kompetetif di arena esukan Dota 2.

Malahan MoonMeander juga ingin menjadi jurulatih sejak tahun lalu, Tetapi dia merasakan yang pemain-pemain muda atau junior didalam divisi ini masih memerlukan pemain veteran sebagai pengajar dan panduan didalam pasukan.

“I was supposed to coach this team [Team Undying] at the start, however I felt that the four prospects [Timado, Bryle, SabeRLight-, DuBu] were weak compared to me. I was like “If I want to play, I better get someone who’s better than me at coaching and we did that at TI10 [with Febby as our coach] and then TSM picked us up. At that point, I was thinking “Should I coach or stay with the team for another year for stability? I chose to stay for one more year.”

” Saya sepatutnya menjadi jurulatih pasukan pada mulanya, Tetapi saya merasakan yang Timado, Bryle, SabeRLight dan DuBu masih lagi lemah dibandingkan dengan saya. Saya memikirkan, “Jika saya ingin bermain, Lebih baik ambil orang yang lebih baik daripada saya untuk menjadi jurulatih dan kami telah melakukannya ketika di TI10 tahun lalu bersama Febby sebagai Jurulatih. Sampai ke tahap ini saya berfikir ” Patutkah saya jadi jurulatih atau tunggu pasukan ini stable setahun lagi? Saya memilih untuk tunggu dalam masa setahun lagi.” Jelas MoonMeander di akaun media sosialnya.

Tambahan pula, Dia ingin memberikan peluang kepada pemain lain untuk membuktikan kebolehan mereka dan merasakan bakatnya lebih baik digunakan sebagai Jurulatih pasukan.

Selain MoonMeander sebagai Coach, Enzo O’Connor (  Timado ), Jonathan Guia ( Bryle ), Dan Jonas Volej (SabeRLight) juga akan bersama TSM buat musim hadapan. Walaubagaimanapun masih ada kekosongan dua tempat didalam divisi TSM dan setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman berkenaan Roster penuh TSM akan dilancarkan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *